Wednesday, September 12, 2007

Baulu Lapis

….kisahnya
Baulu… antara kuih nostalgia yang paling aku ingat dan tak pernah jemu dengan keunikan rasanya. Aruah mak pakar baulu. Rangup di luar tapi isi dalam nya lembut membelai tekak. Mak buat baulu dengan telur itik, tapi katanya baulu dari telur ayam lebih enak. Seingat aku kecil-kecil lagi sudah diajar menginjut telur dalam pasu besar. Tak pernah pula menyalin resepi. Setelah mak tiada, barulah aku mengerah ingatan membina catatan ini….
Resepi asas baulu boleh di perlbagai. Baulu biasanya di bakar dalam acuan ikan atau pun cermai; jika di kukus menjadi Apon Betawi , di bakar nipis dan di gulung selapis jem menjadi Bualu Gulung aka Swiss Roll. Aku cuba lapiskan antara jem dan buah-buahan kering…saja-saja untuk kelainan…Mak suka…pesannya, lain kali kurangkan gula, baru terasa manisnya buah.


BAULU LAPIS

Bahan-bahan:

10 biji telur
1 camt esen vanila
2-3 helai daun limau purut muda
secubit kapur makan
3 cawan gula
3 cawan tepung gandum
Jem nenas. / strawberi
Halwa kundur,/prune, di hiris nipis.


Cara-cara membuatnya

Masak jem dengan sedikit gula dan air hingga cair , agak-agak mudah untuk sapuan. Simpan dalam bekas pada suhu bilik.
Goreng tepung gandum hingga ringan. Sejukkan kemudian ayak.
Ramas telur dengan daun limau purut dan kapur – tapis dengan penapis santan.
Masukkan gula & vanila ke dalam telur. Pukul hingga naik 3 kali ganda.
Masukkan tepung, kacau rata.
Lenser bekas dengan minyak. Ratakan adunan dalam bekas. Bakar hingga kekuningan. Angkat. Sapukan jem. Tuang lapisan kedua. Ulangi proses hingga habis.

4 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum Cik Milah.

Hari raya akan menjelang tak lama lagi. Elok juga belajar masak kuih baulu lapis. tentu sedap dimakan.

cikMilah said...

Waalaikum salam,Pak Latip
terkejut saya ada yang melawat!
Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen.
Ya, ini antara kuih yang saya hidangkan Hari Raya ini.

drNO said...

menarik resepi ni...pelik..tp boleh dicuba...

cikMilah said...

drno,resepinya tetap tradisi,di ubah cara masaknya. Sesuai pulak selera saya sekeluarga...