Thursday, March 13, 2008

Laksa Kedah

Laksa is again in the menu.

Rebus bersama:
1kg ikan ( kembung, tamban atau selayang)
4-5 keping asam gelugur

Kisar halus:
1” x 1 “ belacan bakar
Cili kering secukupnya –anggaran 10-15 tangkai di-buang biji,
2 biji bawang besar
Garam
2 batang serai, daun kesum, 1 batang bunga kantan

Ketepikan asam keping untuk terus diguna utk merebus kuah.
Asingkan isi dan tulang ikan – kisar isi ikan dengan air rebusan
Kisar kepala dan tulang ikan dan tapis airnya.

Rebus bersama campuran ikan dan cili dengan daun kesum, bunga kantan dan serai
yang di ketuk. Masukkan sekali asam yang di guna untuk merebus ikan tadi. Nak bagi sedap lagi, mendapkan kuah laksa bbrp jam, kemudian panaskan semula sebelum di hiding.

Tabur: timun, bawang besar, ulam-ulaman,limau nipis, bunga kantan dihiris halus
( kita tambah macam-macam- daun salad dan kacang panjang di hiris nipis-nipis pun boleh)
Laksa Kedah selalu dimakan dengan sambal kelapa: kelapa parut putih, cili padi hijau ,bawang merah, air limau nipis( Tumbuk kelapa parut sampai lumat bersama bahan-bahan ini)

2 comments:

tulipurple said...

uwaaaaaaaa....kecuq ayaq liuq che....lagi 3bln baru bley makan laksa....uwaaaaaaa!
lagi lagi....menu lain lak ek sis...hehe.

Jun :) said...

alamak, ade laksa plak kat sini..mintak sket, barang semangkuk 2..ekeke