Saturday, March 22, 2008

Tiramisu

Selalunya saya buat tiramisu dari kek span yang di beli saja. Nampak kat rumah Julia, semangat pun tiba. Tak lah kemas saya melepa krim cis macam kat Resepi Rahsia tu tapi puas lah anak-anak makan...

Resipi: Tiramisu ( di salin dari Mak Farhah)
Sumber: Kenwood Chef/Major Recipe BookSponge kek

4 biji telur
115 g gula kastor
100 g tepung gandum
15 g tepung jagung
25 g butter di cairkan
Method
1. Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
2. Masukkan tepung gandum dan tpg jagung y telah di ayak berselang dgn butter y telah di cairkan.
3. Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C
Cream filling
serbuk koko secukupnya ( dlm 2 sudu besar)Coklat masakan yang diparut secukupnya untuk hiasan
350 ml bancuhan nescafe
(1 sudu besar nescafe dan 350 ml air panas)300 ml whipping cream
50 g gula kastor
3 x 250g(paket) mascarpone cheese
Method
1. Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. ketepikan.
2 .Potong cake kpd 3 bhgian, pd lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab
3. Ratakan filing dan dust kan dgn serbuk koko4. Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting5. Pada lapisan terakhir pun sama. sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam
6. Sedia untuk di makan..

2 comments:

mak farhah said...

wah22, sedap22 nampak... sy smngt nak makan menggunung skrg, tp nak buat, myk M....

cikMilah said...

Asssalamualaikum Julia
resepi Julia memang sedap. Kelmarin, dalam dok sakit perut sempat buat apam mekar,wow...cik abang puji melambung..sedap...