Friday, September 19, 2008

Besamah Daging

250g daging pejal
2 sudu rempah kari
1 sudu jintan manis ( biji yer.. BUKAN serbuk jintan yang siap tu )
5-6 bawang merah yang besar
2 bawang putih
i inci halia
satu cawan santan pekat
garam , gula merah secukup rasa

Tumisan:
bawang merah , kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya.

Potong daging anggaran 2 inci x 2 inci, dengan ketebalan 1/2 inci kemudian bersihkan.
Tumbuk jintan manis sampai betul-betul lumat, tambah semua bawang dan halia dan tumbuk lagi kemudian campurkan dengan rempah kari. Gaul rempahan ini bersama sedikit garam pada daging dan ketepikan sebentar.

Tumis bahan tumisan hingga wangi kemudian masukkan daging damn kacau rata hingga mesra. Masak dengan api kecil hingga daging empuk dan pecah minyak. Masukkan garam dan gula merah mengikut rasa. Campurkan santan dan masak lagi dengan api sederhana hingga mendidih. Bila kuah danh mula pekat,siaplah tu...
Sedap dengan apa-apa nasi sekali pun!

4 comments:

Kak Elle said...

nampak menyelera sekali nanti bolih cuba and TQ for sharing...makan ngan roti jala mesti terangkat kan?

Ana said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin buat kak cik sekeluarga..daging masak besamah boleh makan dgn apa saja kan....nampak sedap la kak cik buat ni...

rinnchan said...

Hai Kak Cik, Salam Lewat Raya......
Raya dengan Besemah Daging ya Kak Cik ????
Mmg nampak menyelerakan dengan berkuah begitu, terbau-bau sampai sini ehhh.....
Orait, Maaf Zahir Batin.

Jun said...

cikmilah..dah try ni semalam..sedap la..tq ekk