Saturday, November 15, 2008

Kuih Ketayap


He he he.. macam tak ada modal! Buat entry kuih mudah. . Semua orang pun pandai buat kuih ketayap kan...
Mendung saja kat luar hari ni, perut minta diisi dan lidah terasa nak makanan manis-mnis..Lama sungguh tak makan kuih ketayap, sesetengah orang panggil kuih dadar.Resepi ikut tangan saja.
Tepung gandum campur air sejuk., Tambah garam secukup rasa. Batter mesti cair, kalau tak nanti dadar jadi tebal, Malas saya nak kisar daun pandan untuk hijaukan adunan batter ; jadi saya gunakan perisa santan/pandan dan paste pandan.

Untuk intinya saya cairkan 2 keping gula melaka dengan 1 cawan air. Bila dah cair, masukkan kelapa parut....kacau hingga sebati dan inti kering..

Dadarkan nipis-nipis. Letak inti dan gulung dengan kemas.
Cepat dan sedap. Jom minum petang...

4 comments:

ummi said...

eh..walaupun sonang..tp kuih ketayap ni sedap! Memang fav gak nih! x rajin je lg nak buat..hehe..terliur lak tgk inti kelapa dalam tu.. :D

zany said...

jangan kakcik, seumur hidup tak pernah saya buat kuih ni, entah jadi atau tidak kalau saya mencuba.
tak berapa gemar kuih manis, itu pasal liat sikit tu nak cuba,. teringin sangat beli je dua tiga ketul.

cikMilah said...

aha ummi,time kemalasan melanda dan bila aa sweet tooth.. memang sesuai...

mesti jadi nyer... tak caya, cuba . he heheh

ROZI FRESH BAKED said...

Salam Nur

Terima kasih kembali kerana sudi mencuba.sama-samalah kita berkongsi ilmu