Posts

Showing posts from September, 2008

Besamah Daging

Image
250g daging pejal 2 sudu rempah kari 1 sudu jintan manis ( biji yer.. BUKAN serbuk jintan yang siap tu ) 5-6 bawang merah yang besar 2 bawang putih i inci halia satu cawan santan pekat garam , gula merah secukup rasa Tumisan: bawang merah , kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya. Potong daging anggaran 2 inci x 2 inci, dengan ketebalan 1/2 inci kemudian bersihkan. Tumbuk jintan manis sampai betul-betul lumat, tambah semua bawang dan halia dan tumbuk lagi kemudian campurkan dengan rempah kari. Gaul rempahan ini bersama sedikit garam pada daging dan ketepikan sebentar. Tumis bahan tumisan hingga wangi kemudian masukkan daging damn kacau rata hingga mesra. Masak dengan api kecil hingga daging empuk dan pecah minyak. Masukkan garam dan gula merah mengikut rasa. Campurkan santan dan masak lagi dengan api sederhana hingga mendidih. Bila kuah danh mula pekat,siaplah tu... Sedap dengan apa-apa nasi sekali pun!

Putu Kacang

Image
Aruah mak memang pakar membuat put kacang. Kuih buatan mak relai dalam mulut. Saya cuma melihat mak membuatnya, tak kisah nak tanya ke, nak salin ke. Pandai makan saja. Bila mak telah tiada, terkulat-kulat la mencari...tapi yang ada dalam pasaran tak menepati citarasa. Resepi kuih ini saya ambil dari buku Kuih Muih Utara tulisan Datuk Zakiah Hanum. Resepi Datuk Zakiah 100% menjadi pada setiap kali saya mencubanya. Berbaloi saya bayar berpuluh ringgit untuk buku seperti ini. 600 g kacang hijau 600 gula halus ( saya gunakan gula pasir yang dikisar dan di ayak) Acuan putu kacang Goreng kacang hijau, buang kulit dan kisar hingga lumat kemudian di ayak. Gaul serbuk kacang dan serbuk gula dan basahkan tapak tangan semasa menggaul untuk melembabkan adunan. Campuran ini di buat sedikit sedikit, kemudian tekan kedalam acuan hingga padat. Terbalikkan acuan,. ketuk perlahan-lahan hingga putu kacang keluar dari acuan. Jemur dibawah panas matahari yang sederhana, kemudian simpan dalam bekas

Daging Merah

Image
The actual authentic Thai cooking style needs us to boil chunky meat in red food coloring for about an hour so as the color penetrate through meat and it look nice. I am not good at it as meat usually turn hard and it is hard to chew even after it's sliced thinly. Moreover, I usually not having that luxurious of time at preparing meal. With a wonder of rose syrup, I am making it simpler within few minutes, here we go... 200 g beef – slice thinly Spring union 2-3 Shallot – slice 4-5 Garlics – press to break-up the bulb, no chopping please…. ½ inch galanghal – slice and press to break-up 2 Lemon grass – press to break-up but still intact.. 5-6 pcs bird-eyed chillies – cut along into 2 pcs for each 2pcs kaffir lime leaf. 1 tbs lime juice Oil, salt and sugar to taste Heat oil in a wok. Sauté shallot, garlics , galanghal, lemon grass and chillies in one go. Stir until fragrants then throw in kaffir lime leaf. Put in in meat and stir fry until the meat tender. Put in salt and sugar to ta

Paru Goreng Pedas

Image
Mencari paru yang baik tidak sukar. Kalau ke pasar, saya akan minta paru yang besar tapi ringan dan warna nya agak pucat. Organ bersifat gelembung ini senang saya dapati sebab bekalannya sentiasa ada. Agaknya ramai orang tak suka makan paru. Selain digoreng kering saya juga sukakan paru goreng pedas; kegemaran aruah mak yang nampaknya saya warisi sekarang. Alhamdullah, suami pun suka makan paru,tapi tidaklah selalu kami sediakan. Bulan puasa ini saya suka makanan yang tidak berkuah pada waktu sahur. Jom tengok... 300 gm paru 1 sudu besar jintan manis 2 keping asam gelugur minyak garam gula secukup rasa Kisar 5 biji cili kering 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Untuk tumisan: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih di hiris Potong paru pada saiz besar dan rebus. Sejukkan , kemudian dihiris nipis. Tumbuk jintan tapi jangan sampai lumat kemudian gaulkan pada paru tadi. Campurkan garam dan gula kemudian perap sebentar. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang dan cili yg dikisar den