Keema Lembu

makan dengan pelbagai roti: capati, canai atau baguette dan naan.Saya cuba resepi dari
mesra.net
Kiriman: Adli
Sumber: Restoran Zam Zam Singapura
OK la..sendiri masak, sendiri makan, sendiri enjoy....

Bahan-Bahan:
1 kilo daging lembu cincang
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di cincang
½ kilo kentang yang telah direbus dan dadu
½ cawan tairu
½ cawan susu
½ cawan daun ketumbar di hiris
6 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
1 tin kacang peas
Bahan di kisar
2 ½ sudu teh ketumbar
2 ½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
1 sudu teh kunyit
10 biji cili padi
Cara:
1. Panaskan minyak sapi.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Campur bahan yang di kisar.
4. Tumis hingga harum
5. Campur daging cincang.
6 Masak hingga tukar warna.
7. Campur daun ketumbar, air limau dan garam
8. Campur kentang, tairu dan susu
9. Bila mendidih tambah kacang peas dan padamkan api.


Comments

Asmida Ismail said…
"sendiri masak, sendiri makan, sendiri enjoy" Yaaaaaaaaaaaa sangat betul sekali.
cikMilah said…
thanks Asmida...
yaaa...kita yang masak,syok sendiri la kannnn....kekekekke
Anonymous said…
Salam cikMilah..apa khabar..wah sedapnya keema lembu tu..yeap, yeap!! setujuuuuu...sendiri masak, sendiri makan, sendiri enjoooyyyyy!!! Satu lagi, sendiri kenyaaannnggg...
Kak Elle said…
saya miss a few recipe...that peanut butter cookies looks yummy lain kali baut pos sikit kat sini ye:)

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah