Friday, April 10, 2009

Ikan Goreng Sambal

sssstttt..sssttt, memang pedas! Semua rasa ada, pedas, sedikit masin manis masam beraroma petai!

1 ekor ikan ( tak kisahlah ikan apa-apa; saya guna kerapu)
garam dan kunyit
Sambal:
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
5 bawang merah
3 labu bawang putih
10-15 biji petai, isinya sahaja dihiris halus.
belacan, garam, gula
sos ikan
limau kasturi

Ikan:
Bersihkan ikan dan rendam dalam campuran air asam dan garam ( asam keping/asam jawa/ limau nipis dan garam utk hilangkan bau yang kurang enak).
Cuci dan toskan, kemudian lulurkan garam halus dan kunyit secukupnya.
Goreng tapi usah sampai garing.

Tumbuk KASAR cili dengan belacan , garam, 3 biji bawang merah dan dua biji bawang putih.

Mayang halus lebihan bawang merah dan putih kemudian tumis hingga layu. Masukkan sambal yang di tumbuk , sekaligus dengan garam, gula. Bila sambal garing, masukkan petai yang sudah dihiris halus. Masukkan sos ikan ( nampla) dan perahkan limau kasturi. Tambah garam gula mengikut rasa. Tambah air supaya sambal yang lebih cair.

Bila sudah masak, masukkan ikan yang telah di goreng, biarkan dalam kuali hingga sebahagian dr kuah di serap ikan. Balikkan ikan supaya sama rata menyerap kuah sambal.
Hidang bersekali dengan rencah sambal.




4 comments:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

sedapnye... gulp!!

shamin said...

makan dengan nasi panas-panas, laju lauk ni.

ummi said...

Salam Cikmilah, apa kabar?..amboii berselera lak tgk lauk pauk ni..ikan pedas, gulai lemak belimbing pun..adeiii..boleh byk lari inci kali makan nih! hehe..

blogresipi said...

Siap ade petai lagi dalam resipi ni... harus sedap terangkat ni. Pedas2 memang kite suke..petai2 pun kite suke jugak.hehe