Monday, June 15, 2009

Gulai Ayam dengan Rebung

Salam.. lamanya dapur tak berdongeng!

Jom cuba masakan kampung ni...

Bila bersuami, cikAbang terkejut tengok ayam digulaikan dengan rebung, sekali rasa terus jadi fevret dia jugak. Bila makan rasa sayu dan rindu terkenang aruah ibu bapa di sana. Semuga mereka tenang di alam barzakh. Gulai ayam dengan rebung ni kegemaran saya sejak kecil. Imbauan kenangan survival hidup zaman kanak-kanak hingga remaja berumah di tepian bendang; memelihara ayam itik kerbau kambing, memberi makan ayam pagi petang, menunggu padi jemuran, menghalau itik masuk ke reban adalah nostalgia yang tak berulang; dan tak mungkin dapat dirasai sekali lagi.Opps.. cukup bersayu-sayuan....yuk.. kita masak..

Sebelum tu kita kena sediakan rebung dulu.
Rebung segar:
dimayang seketul-seketul dan di rebus terlebih dulu untuk membuang pahitnya.Saya tambah sesudu kecil gula untuk memperisakan rebung yang mmg rasa aslinya tak begitu ketara pada lidah...ala-ala "mild" gitu. Toskan airnya dan cuci sekali lagi untuk menghilangkan rasa pahit.

Rebung masam:
rebung segar yang dimayang kemudian direndam dalam air biasa sehingga mengeluarkan rasa sedikit masam. Rendam sehari dua dan airnya perlu di ganti paling kurang sekali sehari. Rebung akan jadi lembut dan berwarna kekuningan sedikit.Cuci bersih untuk hilangkan baru dan rasa masamnya.

rebung dalam tin:
ahaks..beli jer kat supermarket ke, hypermarket ke.. tapi ya.. produit of China!

Sepupu rebung dalam tin ialah rebung yang dah siap di bungkus dalam plastik selalunya ada di jual di pasartani

Bahan-bahan
ayam bagian tulang dipotong kecil
kerisik
rebung
santan secukupnya
rempah kari daging + sedikit air; gaulkan sebati
garam secukup rasa

tumisan: halia, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis
bunga cengkih, bunga lawang


Buat macam masak kari biasa...
Tumiskan bahan tumisan hingga garing. Masukkan rempah, masak hingga terbit minyak sambil dikacau-kacau supaya rempah tidak hangus. Bila rempah dah garing masukkan ayam, di balik-balikkan supaya samarata rempahnya. Bila ayam sudah separuh masak, curahkan santan dan kacau.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan kerisik ikut selera.
Opppsss... jangan lupa garamnya ya...

8 comments:

~albazrah~ said...

Salam kak cik, dik ambik dan cuba beberapa resepi. Tenkiu. Tapi bahan byk takde sini. Pandai2 la modified resepi kak cik. haha... tiap2 malam kat sudan dikma mimpi makanan malaysia. Huhu.. nak sebut mengidam kesian kat suami dikma mana nak cari kat sudan ni.

cikMilah said...

Waalaikum salam, sayangku. Ya Allah, menitik ayaq mata dengar pasai Dikma ni... nanti lapang kakcik cari few food blogger - Malaysian yang duduk kat Sudan. nanti Dikma boleh buat reference ya. Jaga diri ya.

Min said...

kak cik, min pun meleleh ayaq liuq tgk gambaq gulai kak cik ni. tapi sabaq, sabaq, 2 tahun lagi balik, pi cari kak cik dulu nampak gaya niii... nak buat bole, rebung la masalahnya... huhuhu!

cikMilah said...

Min, 2 tahun tak lama, ni pun dah 1/2 tahun lelap dah...Habaq kat baby, sabar...
Ada kot rebung dalam tin kat Asian store. Dulu masa kakcik dok US ,banyak bamboo shoot dalam tin..yang tu pun sedap buat gulai...

3AS said...

Salam,
Tgk gulai ni tau u mesti orang utara. Tgk ur profile memang betul..I pun suka gulai rebung ayam..esp rebung madu. pergh...By the way, I orang Kedah but duduk kat Penang. So dah jadi orang Penang la..:-)

cikMilah said...

3AS
sama macam I , orang Jitra duduk Bandar perda.. satu hari kita buleh jumpa.. hehehe

3AS said...

Cik Milah,
Sama le kita orang Jitra. Tapi I dok Bertam. Ntah2 pernah terserempak kat shopping complex hehe..

cikMilah said...

Is iiiit?
Satu hari nanti kita jumpa na...

hehehe, pengomen entri ni semua org Jitra - alBazrah dok Sudan dan Min dok UK..