Biskut Denmark

Resepi ini saya dapat sejak zaman anak dara. Masa tu saya baru saja kerja selepas grad, bila raya ramai la kakak-kakak yang bawa kuih raya ke pejabat. First time makan, rasa biskut ni istimewa sangat. Saya pulak memang minat buat biskut jadi saya tanya resepi pada empunya tuan, kakYati. Resepi dari ibu mertua kakYati, ibu mertuanya orang bangsawan... Ok ka KakYati,resepi rahsia kot....
Eh tak lah nak rahsia-rahsia dik ooi.. Mak Wan cakap, buat apa la nak simpan resepi, mati tak bawa masuk kubur. Kalau share dengan orang lain, niat jer sedekah, dapat juga pahala jariah...
Alhamdulilah, dapat berkawan dengan menantu orang bangsawan yang budiman ni..Banyak juga saya resepi lauk pauk MakWan yang saya belajar dari KakYati. Semuga roh Mak Wan mendapat rahmah dariNya,berkat kesyukuran orang-orang yang mendapat menfaat dari resepi ini. InsyaAllah.




Nak buat dia memang la 'belemoih' ngan coklat sebab kena salut satu-satu. Selamat mencuba.






BISKUT DENMARK
Bahan-Bahan Biskut:
2 cawan gula
1.5 cawan planta
3 cawan tepung jagung
2.5 cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Icing:
2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas.

Cara-cara untuk biskut: ·
Adunkan butter dengan gula hingga berkrim ·
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati ·
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati ·
Ayak ke2-2 jenis tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut · Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.
Bakar dan sejukkan.

Cara-cara untuk aising: Dilute choco powder with boiling water. Add in icing sugar, stir to disolve , make a fine mix. ( Pekatan ni seakan-akan ganache )Drop the biscuit in the the chocolate-icing mixture, roll to cover whole biscuit. Guna 2 sudu besar. Roll in the ground nut.

Comments

Ayu Miskim said…
wow..macam sedap sgt biskut denmark ni..
actually 1st time dengar hehe..
tq berkongsi resipi ek..bye
Salam kenal CikMilah...
tgk resipi mcm sedap..ari tu tgk gambo kt blog maklang...kene masuk short list raya ni..heheh
Anonymous said…
nk ode ble?? huhuhu
Ummi said…
Salam CikMilah..o ya ke? Resepi asal CikMilah ya, Ummi pun cilok dari Maklang Azie tu..Terima kasih la banyak2..memang marbeles betuiii..puas hati buat..kena jadi biskut wajib nmpaknya bila nk raya..hb Ummi pun suka tau! Thanks ya CikMilah sbb berkongsi resepi biskut ni...muaaahhh...Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri dari Ummi untuk CikMilah n fmly..
mak su jatt said…
Salam, Biskut ni saya makan masa kecil-kecil dulu. (sekitar tahun 1980 an) Tahun ni bercadang nak buat siap minta resepi daripada kakak kat kg. Tapi tak buat juga sebab tak dan betul. Tapi tak disangka kat blog maklag azie biskut ni jadi no. 1. Biskut ni memang sedap sebelum kedatangan almond london.

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah