Posts

Showing posts from 2010

Chewy Chocolate Chip

Image
My son and I like our choc chip chewy while the girls and hubby prefer it chrunchy. I found this recipe years ago,adopted from N Marcus Choc chip story which flying around email. This is the original recipy 2 cups butter 2 tsp. soda 5 cups blended oatmeal** 2 cups brown sugar 1 8 oz. Hershey Bar (grated) 2 tsp. baking powder 2 tsp. vanilla 4 cups flour 2 cups sugar 24 oz. chocolate chips 1 tsp. salt 4 eggs 3 cups chopped nuts (your choice) ** measure oatmeal and blend in a blender to a fine powder. Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Hershey Bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet. Bake for 10 minutes at 375 degrees. My version goes like this with bold red ( measurement is halves of the original) 1 cups butter 1 tsp. soda 2.5 cups blended oatmeal roasted 1 cups brown sugar 1 8 oz. cooking choc. bar(grated coarsely) 1 tsp. bakin

Puding Buah Peach

Image
Momentos... satu waktu dulu, pernah mereka-reka puding ini dari peach segar yang ranum baru dipetik di ladang. Waktu itu Ramadhan jatuh pada cuti musim panas. Agak senggang waktunya kerana siang yang lebih panjang dan kurang kelas di sekolah. Selesai summer class, pergi buat kerja part-time kat pejabat fakulti. Earning few dollars but the experience that counts. Balik apartment, solat dan tidur. Buat homework. Tidur semula. Bila buka mata masih terang benderang. Lambatnya menanti waktu berbuka pada musim panas yang panjang. Mulalah terfikir nak makan macam-macam, dan nak masak macam-macam. Mana ada kedai nak beli makanan untuk tekak Melayu nak berbuka. Mahu tak mahu masak sendiri dan mula la mereka-reka apa saja bahan yang ada kat dapur. Masa tu agar-agar memang mudah dapat kat Asian market tapi kami harus ke Richmond, Virginia atau Raleigh, NC untuk cari stok makanan Asia.  Masa tu belum ada agar-agar serbuk. Saya pun memang tak pandai guna agar-agar serbuk. Sejak kecik sampai la  ni

Sekaya Labu / Pumpkin Custard

Image
Sejak kecik dah pandai buat labu gini. Aruah Mak selalu suruh saya buatkan untuk minum petang dan  abang-abang saya amat sukakan sekaya labu...Warisan makanan Selatan Thai ; ingat sikit-sikit nama Siam  nya, Sung Kyaa...ntah apa ntah...sebelum ia hilang terus, elok juga di kongsikan. 1 biji labu kecil 3 biji telur secawan gula perang 1 1/2 cawan santan pekat garam secukup rasa potong bahagian atas labu  dengan cermat, menadi penutup pada labu tadi.  Angkat penutupnya dan kaut keluar biji labu, kemudian bersihkan. Kacau bahan-bahan di atas hingga sebati kemudian masukkan ke dlam labu tadi. Tangkupkan penutupnya. Kukus selama 30-40 minit Sejukkan sebelum di potong... hmmmmm... nyaman dan enak di "kawan"kan dengan teh kosong kurang gula!!!

Ikan Goreng Szechuan

Image
Laaaaaahhh, 4 bulan dapur tak berasap!!!!! Ok, kita kembali bersilat dengan sudip dan kuali ya, jom masak ikan goreng sos Szhechuan. Resepi ni saya kecek dari sorang kawan yang usahakan Szechuan Restaurant kat Juru Autocity. Tak pernah la pi makan kat situ sbb tak halal kan.. so adalah alasan nak mengecek resepi dari dia...Nama resepi kat restoren dia ialah Hot and Spicy Szechuan Fish. 2 ekor ikan kerapu / bawal hitam pun boleh Garam dan lada hitam di tumbuk kasar 1 biji telur 5 tbsp tepung gandum 6 tbsp kicap cair masin Minyak utk gorengan ikan Lumur ikan dengan garam dan lada hitam. Pukul telur kemudian masukkan 2 sudu tepung dan kicap - kacau menjadi bater cair. Lumur ikan dalam lebihan tepung kemudian celup dalam bater; kemudian goreng hingga garing. Sos Szechuan; 1 inci halia diracik halus 1 biji cili merah, buang biji kemudiah diracik halus 6 bij iwater chestnuts; dadu decil 4 batang daun bawang - pilih yang keras - potong 1 inci 3 tbsps kicap cair 1 tsp app