Monday, April 5, 2010

Ikan Goreng Szechuan




Laaaaaahhh, 4 bulan dapur tak berasap!!!!!

Ok, kita kembali bersilat dengan sudip dan kuali ya, jom masak ikan goreng sos Szhechuan. Resepi ni saya kecek dari sorang kawan yang usahakan Szechuan Restaurant kat Juru Autocity. Tak pernah la pi makan kat situ sbb tak halal kan.. so adalah alasan nak mengecek resepi dari dia...Nama resepi kat restoren dia ialah Hot and Spicy Szechuan Fish.

2 ekor ikan kerapu / bawal hitam pun boleh
Garam dan lada hitam di tumbuk kasar
1 biji telur
5 tbsp tepung gandum
6 tbsp kicap cair masin
Minyak utk gorengan ikan

Lumur ikan dengan garam dan lada hitam. Pukul telur kemudian masukkan 2 sudu tepung dan kicap - kacau menjadi bater cair. Lumur ikan dalam lebihan tepung kemudian celup dalam bater; kemudian goreng hingga garing.

Sos Szechuan;
1 inci halia diracik halus
1 biji cili merah, buang biji kemudiah diracik halus
6 bij iwater chestnuts; dadu decil
4 batang daun bawang - pilih yang keras - potong 1 inci
3 tbsps kicap cair
1 tsp apple cider
1 cawan air rebusan ayam( saya guna stok ayam M@66I)
1 tbsp tepung jagung
gula secukup rasa

Panaskan minyak, tumis halia, cili merah, water chesnut dan daun bawang. Lepas 1 minit, masukkan kicap cair dan apple cider. Kacau rata, kemudian keluarkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan ketepikan.

Masukkan stok ayam dalam kuali yang sama, didihkan. Bila mendidih, ambil dua sudu stok , larutkan tepung jagung, kemudian masukkan larutan ini dalam kuali. Didihkan dan kacau hingga kuah menjadi agak pekat.

Masukkan gula, dan tambah garam jika suka. Masukkan ikan yg telah digoreng dalm kuah. Balikkan sambil masukkan semula bahan-bahan tumisan tadi.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
Hiaslah macma mana pun....
Nota: rasa masakan ini harus terlebih masam dari manis dan masin.

4 comments:

Jun said...

yeaaa..cikmilah dh start masak balik..ehem3..hehe. sedap nampak ikan tu...

cikMilah said...

Yeayyy.. Jun suda mariiiii... ada semangat nak masak hari0hari macam Jun..how r u dear? Trust u r doing well!

Ummi said...

Salam CikMilah...waaah lama x berasap kat sini..ni macam dah dapat semangat baru jek...apa khabar CikMilah...lama x dgr citer..harap sihat2 ya..Lapor terus tgk ikan tu tauu..hehe

cikMilah said...

Salam Ummi... semangat kembali bila Ummi komen....kita OK-OK ja Ummi, bz denagn coklat..hehe.
Cubalah buat szechuan..sesekali tukar selera, sedap kawankan dia dengan sup suhun/telur/kentang with lots of daun bawang + saleri...hmmmm.. kita pun lapar ni...