Sekaya Labu / Pumpkin Custard

Sejak kecik dah pandai buat labu gini. Aruah Mak selalu suruh saya buatkan untuk minum petang dan  abang-abang saya amat sukakan sekaya labu...Warisan makanan Selatan Thai ; ingat sikit-sikit nama Siam  nya, Sung Kyaa...ntah apa ntah...sebelum ia hilang terus, elok juga di kongsikan.




1 biji labu kecil
3 biji telur
secawan gula perang
1 1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa

potong bahagian atas labu  dengan cermat, menadi penutup pada labu tadi.  Angkat penutupnya dan kaut keluar biji labu, kemudian bersihkan.
Kacau bahan-bahan di atas hingga sebati kemudian masukkan ke dlam labu tadi. Tangkupkan penutupnya.
Kukus selama 30-40 minit
Sejukkan sebelum di potong...

hmmmmm... nyaman dan enak di "kawan"kan dengan teh kosong kurang gula!!!

Comments

Hasfazilah said…
hmmm... senang aja ye... boleh cuba (boleh aja...tapi tak tau bila :D)
cikMilah said…
Ilah, very the senangggg....preparation time 5 minit ja...kukus 1/2 jam..
ina said…
lama tak jengok blog cik milah yg sy senangi..suka tgk resepi2 semua terutama biskut makmur yg mmg kesukaan sy dari baby hehhe
fuzidss said…
Salam Kunjung. Nampak best niii. ada labu tapi sebelah jee
Unknown said…
thank you for the recipe dik..
Salam. Oh...macam-macam kategori blog cik Milah. Rajiiinnnnya....Saya suka labu kukus ini. Pernah jiran saya buat dan beri saya rasa. Terima kasih kerana berkongsi.
Anonymous said…
kalau i pakai ketuhar gelombang, blh kurangkan ke 10 minit ker?

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah