Puding Buah Peach

Momentos...
satu waktu dulu, pernah mereka-reka puding ini dari peach segar yang ranum baru dipetik di ladang. Waktu itu Ramadhan jatuh pada cuti musim panas. Agak senggang waktunya kerana siang yang lebih panjang dan kurang kelas di sekolah. Selesai summer class, pergi buat kerja part-time kat pejabat fakulti. Earning few dollars but the experience that counts. Balik apartment, solat dan tidur. Buat homework. Tidur semula. Bila buka mata masih terang benderang. Lambatnya menanti waktu berbuka pada musim panas yang panjang. Mulalah terfikir nak makan macam-macam, dan nak masak macam-macam. Mana ada kedai nak beli makanan untuk tekak Melayu nak berbuka. Mahu tak mahu masak sendiri dan mula la mereka-reka apa saja bahan yang ada kat dapur. Masa tu agar-agar memang mudah dapat kat Asian market tapi kami harus ke Richmond, Virginia atau Raleigh, NC untuk cari stok makanan Asia. 
Masa tu belum ada agar-agar serbuk. Saya pun memang tak pandai guna agar-agar serbuk. Sejak kecik sampai la  ni pun masih mencari agar-agar strip untuk apa-apa resepi. Saya punya sukatan sendiri untuk tentukan keras atau lembutnya agar-agar tu. Untuk resepi ini pun tak pakai sukatan metrik; cuma pakai gelas/cawan yang sama saiznya.

Segelas agar-agar kering yang sudah lembut /bersihkan dengan air
3 gelas air
daun pandan
1 gelas gula ( tambah gula ikut kemanisan yg dikehendaki)
1tin peach dalam sirap. Saya guna yg "halves"
sebiji telur asingkan putih dan kuningnya
1 sudu teh tepung jagung
1 gelas susu cair

Masak agar-agar, air. daun pandan dalam periuk A hingga larut. Masukkan gula, kacau hingga larut. Tapis.

Lapisan atas:
Ambil separuh adunan dan masukkan dalam periuk yang lain (B). Satukan tepung jagung,1/2 gelas susu dan kuning telur , pukul hingga sebat, kemudiann masukkan dalam agar-agar dan kacau perlahan-lahan larut dan sebati.
Sementara itu ambik buah peach secukupnya, ( untuk lapisan ini saya guna sebiji peach) hiris nipis atau potong dadu kecil-kecil. Susun pada permulaan acuan agar-agar/loyang. Sendukkan adunan dari periuk B kedalam acuan. Sejukkan dan biarkan permukaan beku sedikit ( tak melekat cairan bila di sentuh).

Lapisan bawah:
Masak semula baki agar-agar dlm periuk A. Lecek sebiji buah peach, campurkan dengan 1/2 gelas susu dan masukkan dalam agar-agar. Kacau perlahan-lahan, Bila hampir mendidih masukkan putih telur yang telah di pukul dan kacau lagi. Masukkan sirap dari dalam tin peach tadi. Kacau dan sejukkan sebentar.
Kemudian sendukkan perlahan-lahan ke atas lapisan bawah yang dah mengeras tadi. Beku dan sejukkan.
Sedap dimakan begitu saja ataupun dengan sos kastad.
.

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah