Thursday, July 28, 2011

Trifle Blueberry

Salam ambang Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan medan kita menyubur lagha dengan makanan dan minuman. Seharusnya kita bersederhana. Bukannya salah kita sediakan juadah istimewa untuk meraikan Ramadhan dan menjamu selera, cuma biarlah kita berpada-pada; dan paling afdhal ialah kita ikhlas kerana hidangan yang paling hebat ialah yang disediakan dengan penuh keikhlasan. Semuga penat memasak diangkat oleh Allah dan diganjari pahala darinya.

Jom kita buat trifle untuk manisan sejuk berbuka.
Bahan:
Kek span - saya beli yang siap jer...
topping blueberry secukupnya
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung
gula pasir secukupnya- agak-agak satu cawan ( bahagi dua)
jeli serbuk
perisa blueberry

Sediakan kastad: Cairkan tepung jagung dengan 1/2 cawan air.Pukul telur dengan susu dan sedikit esen vanila. Panaskan susu dan 1 bahagian gula; bila susu agak suam masukkan telur dan kacau tanpa henti kemudian masukkan cairan tepung jagung dan kacau hingga masak. Kastad perlu sedikit cair ya;

Jeli: macam biasa la masak jeli dengan gula, perisa blueberry dan air.

Penyediaan:
potong kek dan masukkan pada dasar bekas ( saya gunakan plastik kecil). Masukkan sesudu kecil topping blueberry. Lapiskan dengan kastad kemudian curahkan jeli melitupi kastad. Sejukkan

Sunday, July 17, 2011

Daging Goreng Sos Lada Hitam


Bahan:
 250g daging
67 ulas bawang putih -tumbuk lumat
1 sudu lada hitam - . tumbuk halus
kicap masin

Tumisan:
seulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sehiris halia dipotong panajng kemudian racik halus

Sayur iringan
Cendawan butang/kering. Rendam hingga lembut dan perah keluar air nya
batang seleri,
bawang besar secukupnya
daun bawang
cili merah dan hijau
tomato ceri
sos lada hitam

Daging dibersihkan, kemudian lumurkan bawang putih yang sudah di tumbuk halus, lada hitam , kicap masin dan sos lada hitam. Perap 1-2 jam atau semalaman. Panaskan kuali ( non-stick pan) , cair kan mentega kemudian goreng pada kedua-dua belah hingga separuh masak. Angkat dan sejukkan sebentar. Jus yang keluar dari daging jangan dibuang, ya!
Daging yang dah di masak kemudian di hiris nipis.

Panaskan sesudu minyak, tumis seulas bawang putih, sedikit halia dan 2 ulas bawang merah hingga layu, Masukkan jus daging tadi, bersama cendawan , masak perlahan-lahan hingga cendawan masak. Masukkan daging, tomato ceri,, daun bawang, batang seleri dan bawang besar juga lada merah dan hijay. Akhir sekali masukkan sos lada hitam, kacau rata. Rasa masin manis dan masam mesti seimbang dengan rasa lada hitam. Tambah apa yan gpatut mengikut citarasa sendiri ya.

Featured Post

Samperit Resepi Lama

Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang ...