Trifle Blueberry

Salam ambang Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan medan kita menyubur lagha dengan makanan dan minuman. Seharusnya kita bersederhana. Bukannya salah kita sediakan juadah istimewa untuk meraikan Ramadhan dan menjamu selera, cuma biarlah kita berpada-pada; dan paling afdhal ialah kita ikhlas kerana hidangan yang paling hebat ialah yang disediakan dengan penuh keikhlasan. Semuga penat memasak diangkat oleh Allah dan diganjari pahala darinya.

Jom kita buat trifle untuk manisan sejuk berbuka.
Bahan:
Kek span - saya beli yang siap jer...
topping blueberry secukupnya
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung
gula pasir secukupnya- agak-agak satu cawan ( bahagi dua)
jeli serbuk
perisa blueberry

Sediakan kastad: Cairkan tepung jagung dengan 1/2 cawan air.Pukul telur dengan susu dan sedikit esen vanila. Panaskan susu dan 1 bahagian gula; bila susu agak suam masukkan telur dan kacau tanpa henti kemudian masukkan cairan tepung jagung dan kacau hingga masak. Kastad perlu sedikit cair ya;

Jeli: macam biasa la masak jeli dengan gula, perisa blueberry dan air.

Penyediaan:
potong kek dan masukkan pada dasar bekas ( saya gunakan plastik kecil). Masukkan sesudu kecil topping blueberry. Lapiskan dengan kastad kemudian curahkan jeli melitupi kastad. Sejukkan

Comments

salam ..nk tanya..selalunya klu guna sukatan sebanyk ini dapat banyak mn triffle dlm bekas kecik tu?

-Hartini-
cikMilah said…
salam, tak ingat la Tini, lebih dr 12 rasanya...
Min said…
sedapnya kak cik... min tumpang singgah cari resipi kueh raya... selamat hari raya kak cik...!
Anonymous said…
Wiz suka ni! Nanti wiz nak try bila my cholesrol dah turun nanti. Now ni tgh jaga makan sikit. Haih. So tengok jer la sekarang ni orang buat itu ini.

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah