Posts

Showing posts from July, 2011

Trifle Blueberry

Image
Salam ambang Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan medan kita menyubur lagha dengan makanan dan minuman. Seharusnya kita bersederhana. Bukannya salah kita sediakan juadah istimewa untuk meraikan Ramadhan dan menjamu selera, cuma biarlah kita berpada-pada; dan paling afdhal ialah kita ikhlas kerana hidangan yang paling hebat ialah yang disediakan dengan penuh keikhlasan. Semuga penat memasak diangkat oleh Allah dan diganjari pahala darinya. Jom kita buat trifle untuk manisan sejuk berbuka. Bahan: Kek span - saya beli yang siap jer... topping blueberry secukupnya 2 biji telur 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung jagung gula pasir secukupnya- agak-agak satu cawan ( bahagi dua) jeli serbuk perisa blueberry Sediakan kastad: Cairkan tepung jagung dengan 1/2 cawan air.Pukul telur dengan susu dan sedikit esen vanila. Panaskan susu dan 1 bahagian gula; bila susu agak suam masukkan telur dan kacau tanpa henti kemudian masukkan cairan tepung jagung dan kacau hingga masak. Kas

Daging Goreng Sos Lada Hitam

Image
Bahan:  250g daging 67 ulas bawang putih -tumbuk lumat 1 sudu lada hitam - . tumbuk halus kicap masin Tumisan: seulas bawang putih 2 ulas bawang merah sehiris halia dipotong panajng kemudian racik halus Sayur iringan Cendawan butang/kering. Rendam hingga lembut dan perah keluar air nya batang seleri, bawang besar secukupnya daun bawang cili merah dan hijau tomato ceri sos lada hitam Daging dibersihkan, kemudian lumurkan bawang putih yang sudah di tumbuk halus, lada hitam , kicap masin dan sos lada hitam. Perap 1-2 jam atau semalaman. Panaskan kuali ( non-stick pan) , cair kan mentega kemudian goreng pada kedua-dua belah hingga separuh masak. Angkat dan sejukkan sebentar. Jus yang keluar dari daging jangan dibuang, ya! Daging yang dah di masak kemudian di hiris nipis. Panaskan sesudu minyak, tumis seulas bawang putih, sedikit halia dan 2 ulas bawang merah hingga layu, Masukkan jus daging tadi, bersama cendawan , masak perlahan-lahan hingga cendawan masak. Masukka