Monday, December 17, 2012

Bali 2010







I've been busy

I've been busy....with durian crepe..the turnover is overwhelming


making orders for kenduri an dparty
making sirih junjung is my patience. I hold modern looks and taste but I am very strich og haivng all traditonak elements in my sirih junjung; kapur, pinang, gambir must be in.
another look for English theme akad nikad ceremony


jelly in a jar - a practical door gift. Many friends like it and said.. never seen before..

my chocolate mainstream...
make cupcake too...
will be back .. more!

Thursday, November 15, 2012

Mereka Tidak Perlukan Simpati

Israel attack on Gaza..tajuk utama al Jazeera dan CNN

Saya tidak sanggup melihat gambar-gambar serangan ini .Peristiwa hitam 17 September Sabra Shatila berulang lagi hari ini 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434. Mereka adalah bangsa yang sombong dan hina. Angkuh melawan hukum Allah pada pengharaman berperang pada bulan-bulan haram.

Silalah layari link ini untuk lanjutannya

http://rt.com/news/gaza-israel-hamas-attack-687/

Mereka tidak perlukan simpati kita shaja; mereka perlukan doa kita. mereka perlukan batuna dari kita untuk memenangkan Islam di hadapan musuh yang mengepung mereka sekarang

Mari kita panjatkan Qunut Nazilah se usai solat 5 waktu dan esok Jumaat; eloklah kita panjatkan doa ini sewaktu antara dua khutbah. Apalagi yang mampu dan segera kita lakukan sebagai umat Islam selain doa semuga Allah lemahkan Israel terlaknat.



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


Monday, November 12, 2012

Ayam Golek Express ( edited)


School holiday.... we always have string of friends an relative hopping by. My cousin stopped by for R n R at our house on their way to Penang. We were on they way back from Queensbay Mall when they called. The brigde was clear from one end to another but them we saw a terrible traffic blotted before the entrance of Penang Bridge toll both as police force is making roadblock after the toll. . Hubby asked them to wait for us to reach home and said they will miss the maghrib prayer in the queue then suggesting them to make a move from our house after the prayer and to cross to Penang after that.

I started thinking of what to serve them for dinner! Ideally I had de-frosted the whole chicken as I was planning to marinate it overnight for tomorrow's lunch. Now I had to change recipe. There we go...

1 whole chicken
1 packet rempah kurma
3 table spoon full chilly powder
1 table spoon cumin powder
salt and sugar to taste
2 pre-boiled egg
4 sausages
220 ml thick santan
1 cup water
1 bullbs of big union - slice
3 bulbs of garlics - chopped
Oil

Saute union and garlics until browning.
Mixed all the spices plus the seasoning to a thick paste and fry them with the union.
Add in the santan and water to the spices and let it simmers.

Cut sausages into 2 and put to boil.
When the sausages is half-cooked then take out and put aside

Stuff in the chicken with 1 egg ( to block the front opening )
Stuff up the sausages inside the chicken and close off with another egg. Tie the leg together.

Dip the whole chicken in the wok with the gravy covered about half of the chicken. Cover the wok. After each 4-5 minutes turn the chicken alternately. At the same time, spoon up the gravy and bath it on the chicken trepeatedly and cover the wok all the time. Cook for 35-40 minutes until the spice coats to the chicken and left the excess oil in the wok.

Take out from work and put to oven. Grill until the skin turn out browning.
Serve with poached vegetable.

Wednesday, October 24, 2012

Senandung si Musa Paradisiaca


 
Nota: Musa paradisiaca adalah nama saintifik bagi pisang.
Aku terlentang di atas meja. Aduh.. sakitnya sikatku baru disiat dan tercerai dari adik beradikku yang sejak azali bersama-sama aku sehidup semayang dari kecil hingga aku tua sekarang ni. Tak ada kesian belas betul encik penjual ini. Dia main rentap saja aku selepas menghiris sedikit tangkai aku yang melekap pada tandan. Meleleh air mata ku.. sakit dan sedih. Mana tak, sakit kulit tersiatkan. Ishhhh ish.. encik penjual ni kan, tak baca Bismillah pun masa dia potong-potong aku dan ceraikan adik beradik ku dari tandan kami. Hilang saja pahala pekerjaan dia. Tak kan tak tau berniaga ni sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalaulah dia baca Bismillah, berganda-ganda pahala dan berkat dari Allah pada pekerjaan ini. Kalau bulan Ramadhan, lagi berganda 27 kali dari amalan kecil tapi siknifikan itu.
Eh, aku ni mengumpat pulak jadinya. Nauzubillah…ampun , Ya Allah.
Aku meneruskan zikir. Selagi hidup akau akan terus berzikir, kerana itu amanah yang Allah berikan pada kami seisi alam-al-banat. Sedih sungguh aku berpisah dengan saudara-maraku. Berpisah tak kan bertemu kembali. AdikNgah aku pun terlentang di sebelah aku. Dia belum berhenti menangis. Dia pun tentu rasa macam aku juga. Pedih kena siat dari tandan dan sedih nak berpisah selama-lamanya dengan kami semua. Dari sama-sama tumbuh dari jantung, membesar, berputik, berisi, mengkal dan tua ,kami bersama. Sihat membesar dengan cantik dan gemuk. Lepas ni, ikut nasib lah kami. Waktu ini kami masih bersama. Tersusun atas meja encik penjual. Riuh encik penjual mempelawa orang membeli kami. Aku rehat-rehat saja senangkan diri. Harap-harap ada orang yang tergoda dengan aku nanti.
Aku dengar ada orang bertanya harga kami. “Sekilo tiga ringgit setengah!” Jawab encik penjual. RM 3.50 la tu. Aku di pasar dekat utara negara ini, biasalah kalau lima puluh sen tu disebut setengah. Aku tahu jugaklah pasal ringgit Malaysia ni sebab selaLu dengar Pak Dali bercakap-cakap dekat ladang dengan pembeli saudara-maraku terdahulu. Tapi sekilo tu aku tak tahu la apa maknanya. Selalu nya pembeli dan Pak Dali sebut satu tandan dan satu tan.
“Ini pisang baru makcik, baru sampai – ini masak atas pokok, manis ni”.
Aku tersenyum dalam hati. Auta jugak encik penjual. Sekarang hujan pagi petang, mana ada pisang masak atas pokok! Kalau musim panas tu memang la betul kenyataan begitu. Hanya aku yang tahu asal usul aku. Tapi apa nak buat. Aku dijadikan Allah untuk menjadi makanan manusia. Sampai hari kiamat pun aku tak boleh membela diri. Macam kawan aku kat kebun dulu,Cik Timun, dia tu lagi lah kesian aku kenangkan. Menggolek dia luka, tergolek pun dia luka…
Tu dia.. makcik tu borong adik-adik aku empat lima sikat. Seronok aku tengok adik-adik aku sama-sama masuk dalam karung plastik. Sekurang-kurangnya mereka masih bersama untuk waktu ini, walaupun aku tahu mereka tentu lemas dan terhimpit dalam karung plastik warna hitam itu.
“Ni makcik nak sedekah kat surau, hang bagi diskaun la sikit”.
“ La, makcik nak sedekah pun nak minta diskaun jugak ka..”
Aduh, tak larat aku nak mendengar dialog manusia-manusia di sini. Aku pejam mata dan rehatkan diri. Dalam hati aku bersyukur kerana adik-adik aku mendapat kesudahan yang baik. Tempat terakhir mereka bernafas ialah di rumah Allah. Semuga berkat hidup mereka berbakti menjadi makanan kepada jemaah mesjid. Semuga juga keberkatan itu melimpah pada Pak Dali, petani miskin yang warak yang menanam dan menjaga kami di kebun pisangnya. Amin.
Tiba-tiba terasa aku disentuh dan diangkat sepasang tangan. Orang itu tersenyum. Eh eh..ada juga orang sedekahkan senyum kat aku! Serta merta aku teringat Pak Dali. Pak Dali selalu senyum dengan kami dan bercakap-cakap dengan kami. Macam gembira sangat orang itu bila nampak aku. Kenapa ya, agaknya dia teringin nak makan aku. Atau pun dia dah lama mencari pisang spesis aku tapi tak jumpa. Aku berdebar juga, tapi lega bila dia unjukkan aku pada encik penjual. Encik penjual ambik aku dan letak atas benda besi yang aku nampak sejak tadi. Adey.. sejuk la benda tu. Ada angka kat muka benda tu tunjuk $3.50. Aku dengar encik penjual cakap, tiga ringgit setengah! Tahulah aku, aku ni genap sekilo sesikat, dengan harga tiga ringgit setengah. Aku masuk dalam karung plastik. Perempuan tu beri sesuatu pada encik penjual dan berkata, “saya beli pisang dengan harga , ya”.

" Ya, saya jual. Terimakasih puan".
Cepat pulak urusan puan ini. Tak sempat aku “kiss and say goodbye” pada AdikNgah. Bersalam pun tak sempat. Aku pun duduk diam-diam dalam karung, dan sempat pula nampak Adik Ngah yang tenang-tenang berehat sebab karung plastik ini translusen berwarna kuning air. Selamat tinggal AdikNgah. Semuga kita mendapat kesudahan hayat yang baik. Doaku lagi. Aku mengikut saja ke mana-mana di jinjing. Takkan nak lompat keluar dari karung ini. Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku lompat keluar dan jatuh ke tanah. Tentu nanti kena pijak atau kena lenyek…eeeeiii tak nak la aku mati eksiden gitu. Kalau tak kena pijak pun nanti tak ada sesiapa yang hirau kat aku. Mati kering saja. Atau hanyut dibawa air hujan dan tentu sekali kotor. Kalau hanyut dan tersadai hatta di lembah subur pun, aku bukannya boleh membiak. Aku pisang raja. Tak ada biji dalam dalam isiku. Tak macam saudaramaraku spesis pisang awak yang lain-lain. Mereka ada biji yang mungkin boleh menumbuhkan anak baru menyambung zuriat untuk berbakti di bumi Allah ini. Aku mahu berbakti pada orang ini, jadi makanan dia. Rugilah kalau aku tidak dapat memberi nikmat pada manusia dengan isi ku yang manis ini.
Puan ni tidaklah tua dan tidak lah muda sangat. Dia letakkan aku pada satu tempat dan tutup. Gelap lah! Terdengar bunyi enjin berderum dan terasa aku bergerak. Oh.. apa benda ni , macam lori. Aku tak pernah pun naik benda ni. Kelmarin ada Pak Dali letak aku atas lori, tapi yang ini aku tak tahu apa namanya. Bila dah gelap macam ni, aku tidur..sedap pulak tidur di sini. Ada benda lembut mengalas aku, dan aku terasa sedikit suam. Kalau suam begini, aku suka. Aku pun pejamkan mata sambil berdoa. Mudah-mudahan, bila orang ini tengok aku nanti, kulit aku akan bertambah kuning petanda isiku cantik manis untuk jadi makanan dia. Tentu dia gembira dan sedekahkan senyum pada aku lagi. Itulah, walau di mana pun aku berada, aku tak lupa matlamat hidup aku, berbakti pada manusa sebagai tanda pasrahnya aku pada hukum alam ciptaan Allah, nawaitu menjadi makanan pada manusia amnya, khususnya pada orang ini yang membeli aku dari encik penjual tadi.
Lama aku tidur. Bila terjaga puan itu sudah membawa aku masuk ke satu tempat. Aku dengar dia becakap-cakap tapi tak nampak pun manusa lain dekat dengan dia. Dia bercakap pada satu benda yang di lekap pada mulut dan telinga. Ahhh.. tak ada faedahnya aku hirau benda itu. Yang penting, aku tahu matlamat aku menjadi makanan orang ini hampir tercapai
Aku dengar dia berkata dengan gembira ,
"Abah, dah jumpa pisang raja".
“Tadi, pergi market lepas hantar Ammer sekolah Haa a...ada pun pisang raja kat situ. Dah lama dok cari, beli jugaklah , mahal pun..”
Dia diam sebentar, kemudian menyambung cakap.
"Ya ya ,  nak buat pengat ni haa. Sempat.. kejap je buat pengat ni…ok lah.. bye… "
"See you later.Puasa elok-elok tau, jangan tengok amoi, nanti kurang pahala ..Hee he he heh…"

Eh,potpet nya puan ni. Tak macam MakBedah isteri Pak Dali yang lebih banyak senyum dari cakap. Dia baca Bismillah dan ambil 5 biji yang berwarna kuning dari sikat. Kali ni tak sakit lagi sebab tektur sikat aku dah masak.. Dia letakkan beberapa yang masih hijau kekuningan dalam satu bekas. Hairan jugak aku kenapa tak ambil semuanya. Sambil tu aku dengar dia selawat atas Nabi lalu aku pun menyertainya. Saspen jugak tadi, tapi bila dia berselawat aku rasa redha.
Aku perhatikan saja puan ini yang bekerja cepat-cepat. Dia pulas satu benda, aku nampak air jernih turun. Jernih macam air hujan tapi itu bukan air hujan. Dia masukkan dalam satu bekas dan letak atas api. Kemudian aku nampak dia ke hujung sana,dan balik bersama sehelai daun pandan. Eh, ada pun pandan di sini! Kami dulu berjiran dengan pandan. Sebab itu aku kenal pandan walau di mana aku berada. Dia cuci pandan dan potong2 kemudian dimasukkan dalam bekas atas api itu. Bila pulak giliran aku??
Buatlah apapun pada aku. Aku sakit pun tak mengapa kerana aku telah redha untuk di perlakukan apa saja demi mencapai hajat ku dan memenuhi tujuan aku hidup, untuk menjadi makanan manusia. Aku pejamkan mata tapi masih mendengar puan pot pet ini bercakap walau pun aku tahu tak ada manusia lain di sini.
“All right, air gula merah dah mendidih, masukkan sagu, kacau sampai jernih. Letak santan…..” Kesian dia tak ada kawan bercakap. Kalau dia faham bahasa aku, aku tak kisah, aku sudi jadi kawan bercakap. Aku nak tanya apa dia nak buat dengan aku…

Aku disentuh lagi. Aku tahu saat ajalku sampai. Kulitku di kupas tarik menjadi tiga kelopak, tersembul isiku yang kuning keemasan. Ohh.. baru aku tahu rupanya manusia mengopek pisang , sama seperti sang monyet ya. Aku memang kenal monyet. Sejak kecil aku kenal , tapi kami budak hijau selamat sebab monyet tak datang hampir dengan kami. Monyet selalu pergi pada pakcik makcik aku yang dah kuning masak atas pokok. Pst... pasal tu aku kata encik penjual tadi auta!..Suku sakat aku kalau masak atas pokok, jarang sampai ke pasar. PakDali akan ambik dulu sebagai makanan dia anak beranak. Itu pun kalau monyet tak nampak pisang masak atas pokok tu. Kalau monyet nampak menang Pak Dali kira sedekah saja kat monyet dan kera sebab selalu sangat makhluk ini datang sekawan. Senang hati saja bising bingit memulas pakcik makcik aku yang dah masak, kupas kulit jadi 3 kelopak kemudian sumbat penuh-penuh dalam mulut. Kemudian, bila dah penuh perut monyet ni diam-diam saja masuk semula ke hutan di pinggir ladang Pak Dali. Monyet…monyet…memang monyet suka kami!
Tapi puan ini tak buat macam monyet tu. Dia letakkan kami 5 sekawan dalam satu bekas, kemudian setiap kami di potong serong jadi 3 keping. Sekaligus kami di masukkan dalam bekas atas api tadi. Adoi, panasnya! Tapi aku redha. Di sini aku berkenalan dan bermesra dengan kawan-kwan baru. Si hitam manis tu, gula merah namanya. Yang jernih berbiji-biji tu sagu. Tapi mana santan, tadi aku nampak dia masuk sini. Agaknya bila berkawan dengan gula merah tu , dia pun jadi tak putih lagi agaknya. Kesian santan.. hilang identiti warna putihnya.


Oh tidak. Aku enggan berpisah dengan kecantikan warna isi ku. Aku mahu kekal kuning. Biarlah aku berwarna kuning ini tampak mengancam selera hingga akhir hayatku…Doaku termakbul. Aku kekal kuning bila puan ini selesai pengatkan kami. Dia tutup bekas dan hilang entah kemana. Aku masih bernafas. Tidak lagi berdebar, kena aku pasti, aku akan jadi makanan manusia. Aku redha dan terus berehat….Tiba-tiba aku terjaga dari rehatku. Bunyi bising-bising orang bercakap. Ada 4 suara yang berlainan. Aku fakamlah sekarang. Puan ini tidak makan aku sendirian.
“Ehhh wanginya.. mama masak pengat .ye ye…”
Siapa pulak ni…ada budak lelaki. Ini Ammer agaknya yang puan ini sebut tadi. Ohhh nama puan ini mama…
“Ya. Pengat pisang. Mama beli kat pasar tadi. Dah kakNgah kat asrama ni, elok mama buat, nanti kalau KakNgah balik, dia tak suka.”

Ohh, ada orang yang tak suka pisang rupanya atas bumi Allah ni ya. Kenapa pulak ya. Dia sebut KakNgah , lantas aku teringat Adik Ngah aku, entah apa la nasibnya…

“Err.. kakak, tolong sendukkan pengat dalam manguk besar tu, kemudian letak 4 biji mangkuk kecil kat sebelah ya… Ambil sudu sekali. Jangan lupa letak senduk dalam mangkuk tu ya..Hidang atas meja sekali, nanti kita buka puasa sama-sama” .

Heyyy, betullah puan bernama mama ni sangat pot pet.!

Aku rasa terhormat dimasukkan dalam mangkuk yang cantik dan dimuliakan berada di atas meja bersama yang lain. Hajatku tercapai. Aku menanti saat ajalku dengan tenang.


imej dari amal hayati fotopages

Kemudian aku terdengar satu suara yang amat syahdu. Selalu aku dengar alunan ini bersama keluarga aku di ladang dulu. Suara azan menandakan masuknya waktu maghrib . Aku dengar Ammer membaca doa..kemudian aku di ceduk ke dalam mangkuk kecil, kemudian terasa aku dipotong dengan sudu.....dan….masuk ke dalam satu rongga kecil, dimamah dan dicerna, kemudian aku sendiri relai dan hilang melayan selera seorang puan bernama mama. Alhamdulillah. Aku mendapat kesudahan hidup yang baik, menjadi juadah mereka berbuka puasa.


Nota:  Musa paradisiaca adalah nama saintifik bagi pisang.



Saturday, October 20, 2012

Nasi Goreng Belacan

....sebelum subuh dah terjaga dan terasa lapar. Baru teringat malam tadi makan sikit waktu buka puasa dan terus tidur sebab terlalu letih. Selalunya terjaga waktu tengahmalam, tapi hari ni terlajak pulak. Nasib baik ada se jam lagi sebelum azam subuh. Cepat-cepat solat Isyak dan menapak ke dapur cari makanan.

 Hrmmmmm..dapur dah kemas bersih. Terimakasih sayang mama. Lauk semalam dah licin licau dengan periuk belanga sekali bersih dicuci. Ooo..ada nasi lebih. OK lah...cukupla tu!

 Buka peti ais.
 Capai cili merah 2 batang, bawang merah 3 ulas, 1 ulas bawang putih dan tumbuk perlahan-lahan takut nanti orang terjaga!

 Tambah belacan dan garam kasar kemudain lumatkan.
 Jemput sedikit ikan bilis yang mmg dah bersih siap sedia dalam peti ais
 Keluarkan 2 biji telur

 Jom menumis:

 Pijarkan minyak dalam kuali. Sementara minyak panas, akak sempat hiris bawang merah seulas lagi dan bawang putih selulas kecil. Bawang-bawang akak ni mmg dah sedia di kupas dan sentiasa ada dalam tupperware di peti ais..Cepat la kerja jadinya dalam waktu kecederaan macam ni.

 Dah tumis..wangi lagi..masukkan sambal cili tadi. Sementara cili nak garing, tumbuk sikit kasi lembut ikan bilis tu dam terus campurkan sekali dalam kuali.. Hrmmm..semerbak wangi ...

 Masukkan nasi dan kacau hingga mesra dengan sambal.
Bila dah rata warnanya..tolak nasi ke sekeliling kuali, biar kosong di tengah-tengah. Pecahkan telur ( akak buang punat telur tu, kalau tak nanti ada bau hanyir..tak best!)dalam mangkuk, kacau sikit kemudian tuangkan ke tengah-tengah kuali.
Bila dah nampak kental telur tu; kacau dengan garpu jadi macam scrable egg.
 Lepas tu gunakan sudip dan garpu tadi gaulkan telur sekali dengan nasi sanmpai rata. Tambah garam secukup rasa...dah boleh makan.

Taburlah bawang goreng, dun sup, daun bawang penambah seri nasi goreng belacan kita ni ya.

Masa penyedian: 6 minit.

 Jom sahur. Semangkuk nasi dengan secawan kopi. Semuga Allah bagi kita kekuatan untuk menyempurnakan puasa sunat 1-9 Zulhijjah.

Wednesday, October 17, 2012

Musim Hujan, kamu tidak menoreh..apa khabar?

Ijok, Selama,Perak DR.






Saturday, October 13, 2012

the Raya Haji returns...

When I woke up this morning ( it's very early morning, I meant) I saw a crescent moon was peeping on me through my window glass. The crescent moon and the two star sisters hovering over the western horizon.Was that Jupiter and Venus. I don't really know what was that stars but I'm pretty sure the crescent moon is a sign that marks the “new month” when the “old” month end.

 Zulkaedah is about to end in 2 days  and Raya Haji is in less than 2 weeks to come. The pilgrimage is about to end and we celebrate it by going to morning prayer at mosque instead of eating breakfast. This is another days of being together with family and friends having feast with prayers, sacrifice and food. I do remember of this hadith narrated by Muslim radhiallah hu 'anhu. Shame on me as not knowing  this hadith but feeling grateful when I learned about it just about this time last year, as they said,better late than never...

Diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiyallaahu 'anhu, Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِه
“Apabila kalian melihat hilal Dzilhijjah dan salah seorang kalian ingin berkurban, maka hendaknya dia menahan rambut dan kuku-kukunya (yakni tidak memotongnya,- red).” (HR. Muslim)

Then let's 'cut and cleanse" within this 2 days if  we have intention to do sacrifice on this Raya Haji. This is not only the do and the don't by rules but it's symbolising a plant which is now seeding to be harvest in the thereafter.May all of us be blessed. Aminnn..

Let's celebrate! Let's cook! Let's bake. Try out this easy to make recipe, kid's approved and ..it's yummy...

Chocolate Rice Bar


Ingredient A: 
375 g butter,
100 g castor sugar, 
1 tsp vanilla, 
1 tsb chocolate emulco
Ingredient B: 
2 tbs milo
2 tbs cocoa powder
1 tbs condense milk
Ingredient C:
30 g nestum
30 g cornflakes ( blended)
1 tbs almond nib
Ingredient D:
100 g corn floor
2 tbs rice flour
400 g all purpose flour

Whisk A then add in B into it. Mix well. Blend in C, followed by D. You may knead it sofly by hand.
Spread into cutter pan. Place in cutter then bake for 10 mins. Take out from oven and remove cutter, then put back into oven until it is done


Strawberry White Chocolate Tart


125 g butter
1 tsp castor sugar
1 egg yolk
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp strawberry paste
1/2 tsp pink coloring
2 tsp ghee.
Flour: mix all together
90 g all purpose flour
100 g corn flour
50 g milk powder
Strawberry jam for roll tart.Easily available in bakery ingredient shop.
White chocolate

Whisk all ingredient except flour til fluffy then add in flour. Knead softly. Pipe out from mold and roll out with jam. Bake until done. Cool off until it is completely ready for chocolate glaze.

How to do chocolate glaze:
Chop the white chocolate chunk coarsely and place in a stainless steel bowl.
Put a hot water in pot -about the same size with the chocolate bowl  -
Place stainless steel bowl on top of pot.
Stir until chocolate melt. Put into piping bag. Cut a small hole at the bottom of piping bag and you can start doing the glazing.



Good Luck!.. this is yummy. Not too sweet as castor sugar content is less; blended well with the soury  taste of strawberry jam.


Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday - Krabi was Fantastic!













Monday, October 8, 2012

Kek Pisang Terbalik!

Assalaualaikum warahmatullah..
Bukannya cerita pasal kek yang terbalik tonggang langgang "by accident" atau jatuh bersepai tak boleh makan...tapi ini kek pisang terbalik macam "that pineapple upside down cake".


bila teman sebilik capai kamera dan komen.."hmmmm.macam ni la kek pisang"...sememangnya boleh dibuat lagi...dan lagi.....dan lagi.

Panas-panas, sedapnya karamel bersatu pisang dan kek yang lembab dan panas
Ini gambar dari henpon tak canggih akak.
bila karamel dah set-up dan tak melekit lagi dah; kek pun tinggal separuh

Kek Pisang Terbalik
by cikMilah

Bahan-bahan:
2 camb penuh mentega
1/2 cawan gula perang lembut
3-4 pisang emas - potong membulat

2 cawan tepung gamdum
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 sus serbuk kayu manis

2 biji telur saiz A
3/4 cawan gula perang lembut
2 biji pisang ranum di lecek
1/2 cawan krim masam
1 cawan coklat chip

Cara membuatnya:
Ratakan mentega dalam acuan tin 9x9 inci dan tabur 1/2 cawan gula perang ; letak atas api hingga mentage dna gula membentuk karamel. Ratakan seluruh bahagian dengan karamel.
Susun pisang memenuhi dasar acuan. Ketepikan

Satukan bahan-bahan kering - tepung, serbuk penaik dan seruk kayu manis. Ayak dan ketepikan

Pukul telur dengan gula perang hinga kembang. Masukkan pisang lecek dan krim masam. Sebatikan adunan hingga rata, kemudian masukkan tepung secara kaup dan balik. Tabur coklat sedikit demi sedikit hingga rata.

Sudukan ke dalam acuan hingga melitupi lapisan pisang. Ratakan kemudian bakar hingga masak.

Bila dah masak, tunggu hingga suam, baru keluarkan dari acuan.


Panas-panas, sedapnya karamel bersatu pisang dan kek yang lembab dan panas