Posts

Showing posts from August, 2012

Nasi Jintan

Image
ala-ala Arab gitu..tak ikut resepi sebenar..cuma capai dan jemput serba sedikit rencah...hrmmmm.. respon anak yang paling cerewet...ok saja!


3 cawan beras Bhasmati
2 sudu besar minyak sapi
3 cawan air

Tumisan,
jintan putih (biji)
kayu manis, bunga cengkih
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih
2-3 biji pelaga

1/4 sudu teh serbuk jintan
1/4 sudu teh rempah briyani
(bancuh dengan air)

Rendam beras 30 minit, toskan
Panaskan minyak sapi; tumis bahan tumisan hingga layu
Masukkan bancuhan serbuk jintan dan rempah briyani, kacau hingga terbit bau wangi.Masukkan beras kacau hingga beras bersinar.
Angkat dari tumisan dan masukkan dalam rice cooker. Tambah air. Masukkan sedikit air ros utk menambah wangi. Tanak hingga masak.

Untuk hiasan, goreng gajus dan badan dalam minyak sapi hingga garing.


Ayam Madu Berempah

Image
1 ekor ayam, potong ikut suka hati
kunyit dan garam secukupnya untuk di lumur pada ayam
10 ulas bawang merah 5 bawang putih 7 tangkai cili kering 1 inci halia kunyit hidup 4 batang serai 1 sudu rempah kari daging 1/4 sudu teh lada hitam
kicap cair kicap pekat setengah cawan madu setengah cawan air suam setengah cawan susu cair atau santan
Tumisan: bawang merah, bawang putih,kayu manis, cengkih, bunga lawang Goreng ayam yang dah di garamkunyitkan; toksah la garing sangat ( agak-agak separuh masak) Kisar semua bahan dengan ir secukupnya hingga halus.( kecuali kicap air suam dan madu)
Panaskan minyak ; tumis rencah tumisan hingga layu. Masukkan rempahan yang dikisar dan goreng hingga naik wangi. Masukkan kicap dan santan/susu bersekali dengan ayam goreng. Kacau hingga rempah bersalut dengan ayam. Satukan madu dengan air suam-curahkan ke dalam ayam.Renihkan dan balik-balikan ayam hingga cukup masak. Perisakan dengan garam, gula merah atau tambah madu secukup rasa.