Tuesday, September 11, 2012

Kacau...goreng


Udang Goreng Kunyit
 Orang Kedah selalunya straight forward memberi nama makanan. Begitulah namanya seringkas bahannya. Hanya udang dan kunyit; diberi sedikit rencah asam dan cili penyedap deria rasa.. Bahan-bahan yang sedia ada dalam kebanyakkan peti ais. Mudah dan ringkas> Cepat tersedia dalam masa tak sampai sepuluh minit.  Acapkali saya rasa bersalah bila hidangkan makanan ringkas. ternyata masa saya masak untuk keluarga amat kurang dari waktu dan tumpuan pada tugas pejabat , tapi bila hidangan ringkas begini licin licau tak tinggal kulit dalam piring, terubat rasa yang terjeruk dalam hati…












Bawang besar- saya suka bawang kuning untuk di kawankan dengan udang( sedikit diracik halus, lebihnya di racik kasar
sebiji tomato ; separuh diracik nupis, separuh lagi di belah 3-4
Cili merah dan hijau di hiris




Daun bawang dan daun parsli jika suka
Udang..tentu la wajib ada kan…
Kunyit  serbuk( setengah sudu the untuk 20 ekor udang)
Minyak masak ( 2 sudu atau ikut suka hati)

Bersihkan udang- masukkan dalam kuali dan masak terus – ya masak terus. Taburkan garam dan kunyit secukupnya. Gaul dan kacau biar sekata dan masak sekali dengan udang. Udang akan mengeluarkan air jadi jangan panik ya anak-anak…hehehe
Bila udang sudah bertukar warna jadi merah – ketepikan udang kemudian masukkan minyak dalam kuali yang sama. Biarkan sebentar hingga minyak mendidih bersama air udang tadi. Masukkan sebahagian cili dan bawang yang di racik halus tadi bersama tomato yang diracik halus. Kacau hingga layu. Masukkan pula udang, cili, bawang dan daun parsli atau daun bawang yang di potong kasar tabur secubit gula jika suka.. . Kacau balikkan hinga mesra….nah…..

No comments: