Cerita Musim Luruh, Cerita Rusa

view dari jambatan
Ekuinok musim luruh tiba di ujung-ujung September. Oktober begitu cantik dengan pelbagai warna daun. Entahlah ya..  sukar mengikis kisah lama walau sudah berdekad. Ada-ada saja yang mengingatkan saya pada sahabat lama... syahdu shahdan pulak teringat mereka waktu menghiris daging rusa  hari ni.Pertama kali saya makan daging rusa waktu di rantuan. Betullah kata Mak..kalau mak tak dapat ajar chek masak, pengalaman yang akan ajar......uish...merambu airmata ni...AlFatihah...

Best Fall drive between NC and WV. Shenandoah Valley
Kereta dipandu senior lelaki dua orang di depan dan kami berdua budak baru duduk di belakang dengan kakak senior isteri driver yang potpet-pot pet bercerita. Saya pilih duduk di tepi tingkap,diam-diam sambil menikmati lanskap lengang seiring aliran sungai New Bern. Ini kali kedua kami lalui jalan ini. Minggu lepas seniors bawa kami ke Raleigh, NC ; dan kali ini melangkah lebih jauh ke Richmond WV mencari stok makanan Asia dan daging halal. Kala itu musim luruh . Warna daun beradun hijau merah kuning di pokok dan yang coklat gugur menutupi bumi. Saya suka musim ini. Ia tidak sejuk melampau dan tidak juga panas. Sedap sedang hawa North Carolina. Saya kan rusa masuk kampung, sekejip pun mata tak mahu saya kelipkan kerana alam di sini indah sekali. Sesekali nampak air sungai berkilat kena pancaran matahari, dan saya tahu sekejap lagi kami akan lalui air terjun kecil. Kamera sudah di tangan..tiba..tiba....krreeekkkkk......booooom...!!!

kamoo mmg comel; tapi galak sangat melintas jalan...huhuhu
Saya terhentuk ke depan; apa tu...kami turun.. dan nampak darah pada tayar hadapan .. alamak. kita langgar orang ka?
oh tidak!!!!!
Pening dan spinning...meloya pun ada.

"hahaha.. kita tak yah gi Richmond.. sini sudah ada daging...." gelak besar si Bazli abang senior ni..
Si rusa masuk kampung ni masih terpinga-pinga... dengan satu tanda soal.. WHAT????!!!!!!
Kita budak baru  ni dok "ketaq lutut"-  depa dok "gelak besaq" pulak!

Seniors dua orang tu ( ntah dah tak ingat nama depa, dan ya, isteri dia Kautsar namanya, baru ingat!) mengheret rusa yang masih terkedip-kedip matanya ke atas rumput di tepi sungai.. dan rusa tu di letak elok-elok atas batu hampar dekat dengan air... Bismillah..selamat rusa yang cedera kaki tu di sembelih; Eh,,, terrer gak dia ni sembelih rusa ya? Berdasarkan pemerhatian pada cara dia kendalikan sembelihan saya yakin senior ni terrer bab sembelihan beradat dan berhukum syarak. Lulus ujian praktikal. Dalam cuak saya tergelak dalam hati dengan telahan sendiri.

Kami perempuan-perempuan ni duduk diam-diam ja. Dalam hati usah di tanya. Tunggu dan lihat sambil peluk tangan rapat ke dada. Tiba-tiba highway patrol berhenti di belakang kereta kami. Biasalah kan, kerja depa meronda. Bila abang sarip  ( sheriff dpanggil sarip; postman di gelar abang mail, boleh ? :) mula menyoal senior yang sedang melapah, lagi la kami risau dengar depa dok sebut law...enforcement, fine,violation... Ntah la apa-apa yang depa bincang lama juga berdolak dalik, siap minta ampun maaf segala bagai. Nasib baik kami bawak kad universiti; jadi katanya taraf kami sah sebagai residen NC. Agaknya sebab itu tak panjang cerita kot.
Pendek cerita kami dijatuhi hukuman memburu tanpa lesen, menyembelih tanpa lesen. Halatuju menyimpang ke satu destinasi lain; ikut sheriff the NC Wildlife office. Belajar satu perkara baru hari tu, bahawasanya kalau nak memancing, memburu, pikat burung perlukan lesen. Kami lunaskan hukuman . Bayar denda dengan duit tabung dapur! yang mmg berbaloi sebab kami di benarkan memiliki  rusa itu.. ya.. se ekor rusa milik kami. Balik ke Greenville;seniors ajar buat BBQ, sakan! Jalan-jalan cari bahan untk masak kami sambung minggu depan nya...

Opppsss..cukuplah melayan kenangan...mari perasap dapoq, kita goreng daging rusa masak lada hitam ya.!

Daging Rusa Goreng Lada Hitam / Deer Meat on Black Pepper Stir Fry

250gm : daging rusa / fresh deer meat
3 : ulas bawang putih / bulb of garlic
1  : bawang besar / big union
1"  : halia muda / young ginger
2 tbsp: lada hitam / whole pepper
2 tbsp: sos tiram / oyster sauce
2 tbsp: sos lada hitam / black pepper sauce
3 tbsp : kicap manis / black soy sauce
capsicum
air / water
garam / salt
gula / sugar
minyak / cooking oil

Daging rusa dihiris nipis dan toskan.
Panaskan minyak dah goreng daging rusa sekejap sehingga daging berubah warna.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia.
Goreng hingga wangi dan masukkan lada hitam dan capsicum.
Masukkan juga sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis.
Goreng sekejap dan masukkan daging, air, garam dan sedikit gula (jika suka).
Masak hingga daging sebati dan kuah sedikit pekat.
Angkat dan hidangkan.


Nota rindu pada Melayu Greenville


Bazli, Leha, Rosmae, Ida, Bib , Win , Aziz, Sedae, Ariff, Jolyn, .alangkah manis nya kalau dapat bertemu..bbq..sembang-sembang, biar suami,isteri dan anak-anak kita berkenalan...di mana jua kamu, semuga semuanya dalam keberkatan di jalan hidup yang di redhaiNYA jua dalam bahagia dan rezeki yang melimpah-limpah.

Comments

sweet! suka bila benda2 yg berwarna warni dimasak sekuali. macam capsicum tuh:)

good recipe...pembukaan blog yg baik sampai ingatkan terlanggar rusa tadi:)
sweet! suka bila benda2 yg berwarna warni dimasak sekuali. macam capsicum tuh:)

good recipe...pembukaan blog yg baik sampai ingatkan terlanggar rusa tadi:)
cikMilah said…
mmg rusa kena langgar kaki..hahaha.. rezeki anak kampung! Tks for dropping by Sya

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah