Saturday, October 20, 2012

Nasi Goreng Belacan

....sebelum subuh dah terjaga dan terasa lapar. Baru teringat malam tadi makan sikit waktu buka puasa dan terus tidur sebab terlalu letih. Selalunya terjaga waktu tengahmalam, tapi hari ni terlajak pulak. Nasib baik ada se jam lagi sebelum azam subuh. Cepat-cepat solat Isyak dan menapak ke dapur cari makanan.

 Hrmmmmm..dapur dah kemas bersih. Terimakasih sayang mama. Lauk semalam dah licin licau dengan periuk belanga sekali bersih dicuci. Ooo..ada nasi lebih. OK lah...cukupla tu!

 Buka peti ais.
 Capai cili merah 2 batang, bawang merah 3 ulas, 1 ulas bawang putih dan tumbuk perlahan-lahan takut nanti orang terjaga!

 Tambah belacan dan garam kasar kemudain lumatkan.
 Jemput sedikit ikan bilis yang mmg dah bersih siap sedia dalam peti ais
 Keluarkan 2 biji telur

 Jom menumis:

 Pijarkan minyak dalam kuali. Sementara minyak panas, akak sempat hiris bawang merah seulas lagi dan bawang putih selulas kecil. Bawang-bawang akak ni mmg dah sedia di kupas dan sentiasa ada dalam tupperware di peti ais..Cepat la kerja jadinya dalam waktu kecederaan macam ni.

 Dah tumis..wangi lagi..masukkan sambal cili tadi. Sementara cili nak garing, tumbuk sikit kasi lembut ikan bilis tu dam terus campurkan sekali dalam kuali.. Hrmmm..semerbak wangi ...

 Masukkan nasi dan kacau hingga mesra dengan sambal.
Bila dah rata warnanya..tolak nasi ke sekeliling kuali, biar kosong di tengah-tengah. Pecahkan telur ( akak buang punat telur tu, kalau tak nanti ada bau hanyir..tak best!)dalam mangkuk, kacau sikit kemudian tuangkan ke tengah-tengah kuali.
Bila dah nampak kental telur tu; kacau dengan garpu jadi macam scrable egg.
 Lepas tu gunakan sudip dan garpu tadi gaulkan telur sekali dengan nasi sanmpai rata. Tambah garam secukup rasa...dah boleh makan.

Taburlah bawang goreng, dun sup, daun bawang penambah seri nasi goreng belacan kita ni ya.

Masa penyedian: 6 minit.

 Jom sahur. Semangkuk nasi dengan secawan kopi. Semuga Allah bagi kita kekuatan untuk menyempurnakan puasa sunat 1-9 Zulhijjah.