Monday, October 1, 2012

Tumis air ...


Assalamualaikum, semuga sejahtera atas kamu dan kita semua. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar ar-Rasul Sallallahualaihi wasallam.
Tumis air jer hari ni.. bahasa biasa, masakan yang amat biasa. "Escapism" pada mak-mak  akak ni yang sibuk sokmo..." tumis air ja hari ni nak..mak tak sempat masak..makanlah sayang..."

Sayur Brokoli Tumis Air

1 pokok brokoli – di cerai-ceraikan ikut flowerette tu
5-6  tangkai cendawan tiram ( hari ni cendawan dlm tin je yg ada..)
Sekeping dada ayam
Bawang besar di potong baji
Sos tiram
Tepung jagung
Bawang putih – tumbuk kasar/atau hiris nipis buat tumisan
Garam gula secukup rasa
1 ½ cawan air
Cuci, tos dan potong sayur-sayur. Hari ni guna cendawan butang dalam tin saja – kalau dapat cendawan tiram yang segar tu,  lagi sedap buat sayur tumis dengan brokoli ni.
Hiris nipis dada ayam
Tumis bawang putih atas api besar dengan sedikit minyak  hingga wangi. Masukkan isi ayam, kacau balikkan dan biarkan ia bertukar warna.  Tujuan kita besarkan api supaya bawang dan ayam cepat garing di luarnya tapi lembut didalam.  (It cooks very fast and lock in all the flavors)dan rasanya lebih perisa. Bila warna ayam bertukar putih, curahkan air dan biarkan mendidih. Kecilkan api, masukkan cendawan, bila cendawan dah lembut baru masukkan brokoli dan bawang.  Kalau guna cendawan butang tu, masuk sayur sekali harung jer dlm periuk.
Kalu suka kuah pekat sedikit, bancuh sesudu teh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan dlm kuah , Tabur garanm dan gula secukup rasa,biar ia mendidih sebentar… tutup api .. sedia…untuk di hidang!
 

2 comments:

cHeRyNa PiReS said...

My favourite! Sha suka campur udang....selalu sha rebus air rebusan kulit udang utk kuah dia :)

sesuai dengan bulan 10 nieh. org kanser elok makan brokoli:)

cikMilah said...

yes.. campur udang pun best.. akak suka makan begitu saja..