Posts

Showing posts from 2013

Simple Sunday Pancake

Image
Basic Pancake Pagi Ahad nan dingin. Matahari belum pun keluar namun perut berkeriuk minta gizi. Tak ada makanan di dapur; roti dan biskut kering pun tak ada. Biasanya pun begitulah. Di rumah saya ada banyak "bahan" ( Alhamdulillah) yang sedia ada tapi perlu di proses untuk dimakan. Saya capai tepung, gula, susu, telur, kuali kecil. Resepi sudah lekat dikepala sebab ia mudah benar. Saya buat pancake ikut resepi ini sejak zaman belajar...Sukatan ikut cawan saja...jom tengok! Sukatan ini cukup untuk 6 -7 biji pancake 1 cawan tepung 2 sudu gula -saya guna gula yang kita bancuh teh saja.. 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder) 1 cawan susu ( susu segar atau susu tepung yang dibancuh) 2 sudu mentega ( kalau guna "salted butter" sila abaikan sukatan garam di atas ya!) 1 biji telur 1 sudu besar minyak sayuran Cara membuatnya: Ayak tepung dan serbuk penaik. Kemudian gaulkan dengan mentega menggunakan hujung jari hingga menjadi se

Kuantan, hari ini...

Image
Kebanjiran.....gambar sayaciplak dari BHOnline, Metro Online and Melvistar   Kuantan umpama tempat jatuh yang manis dalam kenangan. Saya habiskan dua setengah tahun usia remaja di sana. Alam kolej yang pelbagai rasa – kebanyakannya ceria belaka.   Cabaran waktu itu cuma nak kekalkan CGPA. Selainnya ceria dalam kehidupan . Saya jadi pencinta ombak di TC. Mula belajar main ombah di Balok .Belajar bercinta pun di sana… Kuantan juga mendekatkan saya dengan aktiviti rohani. Usrah pimpinan Kak Ubai ( sekarang Adun Kelantan) Ustazah Salbiah, Ustaz Hassan, Abang Fuad yang  mencurahkan ilmu mereka yang segalanya itu merupakan pengisian yang sedikit sebanyak mendidik jiwa dan membentuk saya hari ini.   Banjir pertama saya pun di sana. Kolej di genangi air . Seumur hidup tak pernah jumpa banjir…Wahhhh kami begitu gembira main air!!! Kena warning dengan Pakcik Midon warden asrama…Ala pakcik.. kasi chance la orang nak main air….hahaha..Pakcik Midon pun geleng kepala…warning ting

Menu Makan Malam Yang Ringkas

Image
Umpama burung pulang petang, saya melangkah masuk membawa rezeki untuk keluarga makan malam ini. Kudrat tinggal separuh. Kalau saya memilih untuk duduk alamat beratlah untuk bangun semula. Saya letakkan beg makanan di atas kebinet dapur, letak beg tangan dan beg kerja atas katil; lalu terus menyinsing lengan proses menu makan malam. Fenomena biasa la kan..bagi ibu-ibu bekerja Sekejap saja. Ringkas masakan malam  ini dengan bantuan magic pan. Menu terhidang selepas 30 minit.   Roti Perancis bawang putih, kentang organo, sup cendawan, salad nenas             Ayam panggang sumak Saya perap ayam ni sebelum tidur malam tadi. Bersihkan ayam dan potong kecil. Gaulkan dengan garam halus,serbuk lada cheyenne, serbuk lada putih, serbuk cili kering, perahan lemon dansedikit gula.Perap dalam peti ais. Keluarkan, susun dalam magic pan, grill tanpa minyak selamat 4 minit. Kemidan alihkansebelahlagi. Grill lagi 3minit. Siap. Salad Cucurkan saja sayur dengan merenda

Biskut Florentin Badam

Image
Jom cuba buat biskut meletup . Depa panggil chrunchy caramel la..almond cruchy la.. macam-macam nama glamornya.        RESEPI FLORENTA MIX NUTS 250g tepung Florenta mix 100g badam keping (almond flakes) 100g badam hiris (strip almond) 100g kuaci bunga matahari 100g biji labu 100g campuran lain - e.g. bijan hitam, bijan putih, kismis, sliced prune or kurma, oats dan sebagainya (ikut kesukaan anda) 1. Bakar atau goreng tanpa minyak badam hiris (perlu sebab dia agak tebal) hingga agak keperangan. Bahan lain tak perlu sb bila dibakar nanti dia akan cukup masak. 2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking, pastikan yang ianya tidak melekat. Saya guna alas baking yang jenis boleh di basuh. 3 Panaskan oven pada suhu 180°Celcius 4. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis. 5. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan. 6. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Kalau nak lagi sedap

Wordless Wednesday #7

Image

Wordless Wednesday 6

Image

Zahirkan rindu ku...

Image
Zahirkan rindu ku...   Kembara cinta mereka telah bermula. Cemburu melihat mereka dari al-Haramain. Lagi-lagi tersayat hati dengan Salam Baitullah TV1, TV Hijrah.. tambah-tambah keloloh Uztaz Don dalam programnya. Namun demikian, cemburu itu tidaklah membuat saya menjeling benci atau marah. Tidak sekali. Gembira dan berdoa semuga saya juga dapat peluang yang sama. Di panggil Allah menjadi tetamuNYA.   Kita kini berada dalam rangkaian sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijah. Sepuluh hari yang agung. Allah Subhanahu wa ta’ala , Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam , dan seluruh kaum muslimin memuliakannya. Syariat memerintahkan umat Islam untuk menyemarakkannya dengan berbagai amal soleh yang istimewa . Labbaikallah humm ma labbaik Labbaikala syari kala kalabbaik Innal hamda wanni'mata lakawal mulk La syariikalah...

the things I get into...

Image
kinf of busy lately.

Desert Raya Krim Karamel

Image
Super senang duper sedap! Tak payah cakap banyak ...tapi juadah ni paling awal habis waktu open house kelmarin. Akak buat 4 loyang, cepat ja habisnya. Ramai yang minta resepi. Resepi asal di ubahsuai oleh Model 80-an, Nani Rostam yangpandai masak dan tak lokek resepi. Resepi jualannya itulah yang dia share dengan orang. Baik betul hatinya. Terima kasih Puan Nani..Semuga Puan Nani terus bahagia dan dilimpahi rezeki besar, rahmat berpanjangan  dan keberkatan hidup disamping keluarga bahagia. Saya cukup menyukai blog Puan Nani yang vogue tapi cukup merendah diri. You all tak caya.. pergilah blog ini.. baca dan nilaikan sendiri. 7 biji telur gred A 1 tin susu pekat manis 1 tin air 1 sudu teh esen vanila 2 sudu gula pasir Loyang 8 inci. Masukkan gula pasir dalam loyang. Masak hingga gula bertukar perang dan cair. Ketepikan sebatikan  telur, susu pekat manis, vanila dan air dengan mengacau perlahan lahan dengan garpu. Jangan sampai berbuih nanti tekstur tak cantik mulus h

Air Lemon Nak-nak

Image
Sejak diperkenalkan dengan minuman ini oleh Roza Roslan, kami sekeluarga terus jatuh cinta. Segarnya tak terkata, sedapnya menjadikan kami sekeluarga tak pernah jemu. Tengahari atau malam, ia sesuai tak kira masa. Tetamu yang datang ke rumah juga sering kami hidangkan minuman ini. Ramai yang minta resepi. Mudah saja, dan bahannya ada di mana-mana pasar basah atau supermarket. Cara Roza:   Kita hanya memerlukan 5-6 biji lemon atau limau nipis yang diperah airnya. 5 sudu besar gula, air secukupnya, ais dan daun pudina. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. http://muhdkamil.org/rozaroslan/2011/10/06/lemon-nak-nak/ Saya ikut cara Roza bila nak hidangkan segera. Kalau Hari Raya atau tetamu nak datang, saya akan sediakan lebih awal dan simpan dalam petisejuk Cara saya: 3-4 biji lemon. Saya keruk isinya kemudian di kisar dengan daun pudina, gula dan air melitupi bahan-bahan ini dalam blender. Tapis dan simpan dalam peti sejuk. Masukkan ais sewaktu hendak menghidang.

Stik Daging Lembu & Sos Lada Hitam

Image
Assalamualaikum Percaya tak saya kalau saya katakan.. saya masak panggang daging stik (yang telah diperap 2 jam); kukus couscous, kukus sayur dan masak sos lada hitam dalam masa hanya lebihkurang 30 minit? Boleh... dengan menggunakan magic pan. Tak kisah lah jenama apa, asalkan magic pan / pemanggang ajaib yang begitu popular sedikit masa hari tuuu... STIK DAGING Mula-mula saya perap kepingan daging batang pinang selama 2 jam Daging perlu diketuk-ketuk sikit untuk memecahkan tekstur ira daging. Teknik ini juga membolehkan bahan perapan meresap dengan lebih cepat...jimat masa kan.... Bahan perapan daging ( untuk 4 keping daging 200 gram setiap satu) 1 sudu sos oyster 1 sudu besar serbuk lada chayenne 1 sudu besar gula perang 1 sudu kecil sos wochester 1 sudu kecil lada hitam, goreng sedikit kemudian tumbuk kasar ( boleh jer guna yang segera dari botol tu.. tabur jerr) ( tak ada garam?....) Ya.. saya tak letak garam masa pemerapan. Kata suami nanti daging tu keras. Say

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Image
Ovellete begitu popular sebagai ejen menggebukan tekstur kuih dan kek. JAKIM mengistiharkan   ia  adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides @ E471  iaitu sejenis pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan . Ia bererti ovellete adalah halal sekiranya bahan bernama Mono dan Diglycerudesnya sahih dari sumber tumbuhan. Masalah yang timbul sekarang ialah kita tidak boleh memastikan samada ovellete yang kita beli itu sahih dari sumber tumbuhan.  Tidak ada petunjuk jelas bahawa ovellete jenama  A menggunakan Mono and Di dari sumber tumbuhan, manakala ovellete jenama B dari sumber haiwan. Agak sukar bagi saya sendiri  untuk memastikan ovellete yang saya beli itu halal kerana  Ovallete selalunya di jual dalam bekas plastik jernih yang sudah di pek semula.  Saya masih mencari ovellete halal....mohon dipermudahkan oleh Allah supaya saya mampu mendapatkan bahan yang halal dan

Overcast

Image
the overcast skies reflects the emptiness and frustations that we fell in out heart. A long anguish battle was fought but ended defeat because of massive manipulations and fraud. We have to overcome the feeling of despair and work harder to make the thing right. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak selalu indah.  Di sebaliknya ada hikmah.  Bersabarlah.

Bismillah Lima

Image
Assalamualaikum... Ibu saya mengajar Bismilah 5 sejak kecil. Sebelum masuk sekolah saya sudah menghafal doa ini. Alhamdulillah. Tugas kita tidah terhenti setakat itu; saya kongsikan di sini petikan daro blog kegemaran saya untuk bacaan dan renungan kita. http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/bismillah-4567920/ . “Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim . Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian. . . Fadhilat Bismillah 5 . Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut: . 1. Menghalang jin dan syaitan 2. Terpelihara dari bahaya dan musuh 3. Penawar pelbagai racun dan bisa. 4. Penawar penyakit gila meroyan. 5. Melegakan bengkak dan benjol. 6. Penawar kep

Bingka Labu, ya Mulan....

Image
lamanya tak update resepi sampai cik nyonya comel Mulan bertanya.... hokkey dik.. jom kita makan bingka hari ni.  Sepotong bingka labu kita kawankan dengan teh kurang manis untuk minum petang.. alahai... Bahan-bahan A 200 gram tepung gandum 150 gram gula pasir 80 gram majerin Bahan-bahan B 500 gram labu yang dah siap direbus dan lecek 2 biji telur 1/2 sudu teh garam 200 gram santan pekat ( saya guna terus dari kotak) bijan secukupnya Cara membuatnya: Satukan bahan A dan gaul menggunakan teknik hujung jari sehingga semua bahan sebati menjadi seperti serbuk roti.   Satukan bahan B dan kacau dengan menggunakan whisker hingga sebati. Campurkan A dan B dalam kuali; dan masak dengan api sederhana sambil dikacau. Pastikan adunan tidak berketul. Kacau hingga hampir-hampir pekat.   Tuang adunan dalam loyang yang sudah disapu dan  taburkan bijan jika suka. Bakar hingga masak. 

Leter Mbak Reny Bhgn 2

Image
Leter mbak Reny terkesan juga dihati. Saya keluar dari spa dan terus ke kedai runcit. Alhamdulillah.. ada pun ibu kunyit..Segar lagi. Sementara masih bersemangat baik juga diteruskan sebelum azam terkulai layu. Asam kunyit ini bukan baru bagi saya.. cuma tak diamalkan berterusan. Macam biasa.. bila badan dah sakit barulah mencari ubat.. Makan jamu ikut mood.. makan bila-bila suka.Kalau dulu mak selalu ingatkan... jaga badan.. badan tu nak pakai lama...tapi sekarang tiada lagi  peringatan itu, lantas saya pun alpa dan tenggelam dalam kesibukan sendiri. ( sayu pulak.. sudah teputus rahmat dan doa ibu setelah dia di angkat ke sisi kekasihnya).al-Fatihah untuk mak. Ibu kunyit saya rendam sebentar kemudian saya cuci bersih-bersih menggunakan berus botol bayi untuk keluarkan semuga kotoran. Walaupun tak ada baby di rumah ni, saya simpan berus ini untuk tujuan begini.  Semuga benda kotor yang zahir mestilah dicuci bersih2 sebab kita nak guna sekali dengan kulitnya.. Selepas cuci, kita s

Leter Mbak Reny...

Image
Kaki rasa kejang. Sakitnya bila berjalan. Tangan pun terketar-ketar, pegang hp pun terjatuh, apalagi nak pegang jarum. Saya ambil cuti separuh hari, pergi spa kegemaran menyerah diri pada Mbak Reny> Tak mau orang lain , mujurlah Mbak Reny free waktu yang saya minta. Bermula dengan rendaman kaki dalam air suam; kemudian dia memberus tapak kaki dan  mencuci kura-kura kaki. Kemudian saya ter...... panjat katil rawatan, sambil gelak kecil..hehe..macam mak nenek. Terok betul kejang kai ni sampai katil tinggi sikit pun susah sangat nak duduk.. Setelah itu bermulalah sesi Mbah Reny membedal saya, picit, ketuk, tolak, tarik...beraduh tak henti.. minta separuh nyawa..Alunan lagu jawa yang selalunya menjadi halwa telinga dah tak terdengar lagi. Kalau tak ada aircon tentu sekali peluh dah menyimbah.. leter Mbak Reny..udah kaku urat kamu kakak; masuk angin; darah kotor nih..kena buang angin dulu.. minum asam kunyit.. saya udah ajarin dulu, ada kamu buat ngaak? Jaga makan, jangan minum es

Rindu

Image
Outerbank, North Carolina 1990

Sandwich Victoria

Image
Assalamaualaikum Minggu lepas adalah minggu yang amat sibuk. Saya ni kalau sibuk dan tertekan, tekak asyik minta makan . Teringin nak makan sandwich victoria tapi tak ada jual la pulak kat sini. Kat KL ada la kot, setakat ni bakeri atau bread house/kedai roti kat shopping mall di Seberang Perai ni, belum nampak lagi menjual kek jenis ni. B ertahun saya tak buat sandwich victoria sebab resepi asal hilang dalam simpanan. Tak payah lah berputus asa kan, banyak resepi kat internet. Saya ambil resepi dari blog sorang British, sebab di sana lah asalnya sandwich victoria ni. Begitupun, resepi asalnya pada saya terlalu manis; lalu saya olah sendiri mengikut selera saya. 225 g mentega ( saya guna salted butter) 200 gula caster 4 biji telur A 225 g tepung kek/ naik sendiri 1 1/4 sudu kecil paras baking powder 100 g susu segar 2 biji loyang 8 inci Cara membuatnya tak susah: sama macam kek butter Campurkan semua bahan and putar dengan kelajuan tinggi. Bila adunan dah ber