Wednesday, March 27, 2013

Jus Roselle

Musim panas ni, jom buat jus roselle! Sedap tau  masam-masam manis, cukup puas membelai tekak yang dahaga. Bukan saja sedap, terjamin kualiti tampa persa dan perisa.
Tengok la tu.. anak bujang buat muka simpati, tak tahan tengok jus dingin ni...lepas snap dia sambar!

JUS ROSELLE
Jus Roselle ini saya buat dari kelopak bunganya. Saya meneliti beberapa brosur jualan lansung yang menyatakan ia kaya Vitamin C , bersifat antioksida, beta carotene, vitamin B1, B2 and B6. Jus ini rasanya masam-masam manis; pada saya lebih enak dari R***N*. Anak-anak pun setuju.
Saya kenalinya dulu sebagai asam paya. Pokok renik berbuah lebat di tanah rang di pinggir sawah. Waktu kecil dulu, saya suka memetiknya dan makan kelopaknya begitu sahaja. Asam paya kini merupakan tumbuhan industri dan panggilannya pun sudah berubah menjadi lebih glamor roselle!

Saya ke pasar malam memborong makanan basah dan terjumpa seorang kawan yang kini pengusaha minuman segar . Dia memberi saya minum percuma sebagai salam promosi. Ada selonggok buah roselle berwarna merah tua untuk pameran, geram saya melihatnya. Saya minta beli buah itu dan bertanya resepinya sekali. Mujur dia setuju. Semuga berkat murah hatinya, perniagaan jus pegaga dan roselle nya bertambah untung berganda. Resepi nya saya pos di sini..

250 g kelopak roselle
750 g gula pasir
3 liter air
Asingkan kelopak dari buah nya dan cuci. Saya rendam sebentar dalam air garam - bimbang ada ulat! Cuci bersih dan toskan. Rebus semuanya dalam periuk besar hingga keluar warna merah tua. Kacau selalu. Masak hingga airnya sejat hampir separuh. Sejukkan, tapis dan simpan. Cuaca panas begini.. cepat saja luak kordial roselle ni...Silakan...


6 comments:

Jun :) said...

salam cikmilah..eh, sedap k jus roselle tu? akak ade 1 botol..x usik2..adik ipar bg..takut nak rasa..wahahha..pas ni kn try la nampaknyer..

cikMilah said...

ahaa...tak kkeanl maka tak cinta, he he he. Tapi taste masing-masing berbeza kan....:)

tulipurple said...

salam sis.....takdak menu baru ka...che suka tgk resepi di sini.,ihiks.

Hayati Kehidupan said...

Cik Milah

terjumpa blog your blog secara tak segaja... I cari resepi jus roselle. Thank you.. I nak cuba.. jus roselle dan yang lain.. sebab I dah lupa aktiviti dapur... However thank you.. dan semuga your sharing akan menambahkan amal dan rezeki.

Salam perkenalan

Hayati Kehidupan said...

Cik Milah..

I dah try juice roselle. Sedap dan murah ... I selalu beli juice dah siap... Tapi I tambah gula batu... kenapa? I pun tak tahu... Boleh tak i link your blog to mine... resepi you menguja untuk I kembali ke dapur...

cikMilah said...

salam hayati...suka akak , you dah cuba dan bersemangat nak masak...

nak link...silakan.. silakan...

kalau letak gula batu, kurangkan gula putih - ikut rasa lah.. gula batu berfungsi menyejukkan badan