Patah Seribu?

Andai Allah memberi dugaan, Dia mahu kita berdoa meminta dariNYA dan berserah; dia akan beri bantuan, bukannya untuk kita berfikir memecahkan kepala bagaimana mahu selesaikan masalah itu.

Berilah masa untuk diri bertenang dengan zikrullah dan selawat.

Sambil merenung ke dalam diri, serahkan diri kepada Allah sepenuhnya supaya kita tidak sendiri. Allah yang Maha Perkasa secara pasti tidak akan biarkan hamba-hambaNya. Apatah lagi perempuan, sifat2 rahmah, syafaqah, yang tersembunyi dalam diri perempuan bahkan mendekatkan lagi Rahmat Allah kepada-Nya.
Walaupun banyak suami tidak menghargai perempuan, kita harus sedar ramai lelaki-lelaki yang terlalai. Lelaki-lelaki yang terlalai daripada tanggungjawab, tidak sedar pengorbanan dan kasih sayang isteri. Saya berharap kita semua tidak terburu-buru. Saya yakin kita akan temui ketenangan di dalam masalah dan kepedihan itu sendiri. Ubatnya pasti ada di dalam penderitaan itu.

Saya menulis kerana sahabat saya yang berkali-kali dihancurkan hatinya. Tidak mendapat nafkah secukupnya. Dimarahi bila menyebut dirinya letih, sakit atau keputusan wang. Padahal dialah yang melunaskan ansuran rumah, membelanja keperluan anak-anak sekolah, mencukupkan keperluan makanan di dapur, selain dirinya yang tidak pernah mendapat keperluan diri kalau tidak dibeli sendiri.
Saya juga mengingatkan diri agar kita jangan terburu-buru dalam melepaskan amarah. Anak melihat perlakuan kita. Fikiran pun tidak tenang selepas melepaskan marah. Kalau mengikut psikologi Barat, kemarahan perlu dilepaskan untuk mendapat ketenangan hati. Itu bukan cara kita. Diam dan mengadulah pada Allah. InsyaaAllah hati akan merasai ketenangan yang entah dari masa pusarnya.
 
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Mungkin kita tidak sedar, sebenarnya wanita yang diuji dengan kemelut rumah tangga boleh mengutip pahala dari ujian itu; andainya kita sabar dan redha. Betapa penat melihat rumah bersepah bila pulang dari kerja, sabarlah kerana pahala bertaburan sedia untuk kita kutip dengan sabar dan iman.
 
Senyum dan ketawalah kepada masalah. Walaupun ia sebesar dan seteguh gunung. Andai masalah itu besar, besarkan lagi minda kita berganda-ganda.  Dengannya masalah akan jadi kecil dari minda. Seboleh mungkin, pertahankan kemanisan wajah. Masalah-masalah dan konflik yang dihadapi, tidaklah di luar pengetahuan Allah. DIA MAHA TAHU. Segala yang kita tidak tahu pun DIA MAHA TAHU. Jadiya, usahlah semangat kita patah seribu. Pohon kekuatan dari Allah. InsyaaAllah , syurga dunia milik kita.

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah