Ungu dan Emas

Saya terima kartu ini dalam kotak surat hari ini... Uwaaaa...mahu menangis! Rindu...! Kad dari persatuan alumni menjemput untuk pendaftaran pengambilan sessi pengajian Fall 2013. Kalaulah berduit, mahu juga menghantar anak balik ke sekolah lama saya ini. Keputusan SPM dia kelmarin Alhamdulillah mencukupi syarat. ( kalau lah berkalau...)


Unggu dan emas gabungan yang drastik. Saya dah lama serasi dengan kombinasi ini kerana ia warna logo sekolah saya dulu..East Carolina Univ "gold and purple pirate”. Terimbau kemanisan zaman sekolah  waktu dulu-dulu.. Berjalan di lorong inilah..dengan bungkusan makan tengahari  dalam kertas  warna coklat - "brown paperbag". Kalau tak bawak bekal dari rumah, makan tengahari saya saya ialah coklat dan pisang dengan sekotak susu ; 65sen akan di tolak dari kad kafe . Tiap bulan saya masukkan $20 ke akaun kad cafĂ© dan cashier pun dah tahu standard punch key saya..

Coklat kegemaran dulu dan kini...mmmmm..


Jemu dengan lunch yang sama.? Tidak pernah; sebab coklat dan pisang adalah kegemaran saya.. dan susu.. saya paksa relakan diri, demi kesihatan dan ketahanan diri…
 

Hadoi… rindu la pulak pada kenangan masa silam.. ya lah.. manakan bisa melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati.

Yuk.. kita jamu mata dengan hiasan biskut bersalut coklat ini yng sedang sayabuat…Biskut reese tawar saya celup coklat gelap couverture dan diberi drizzle coklat ungu cair perisa blueberry

 

dan ini idea brown paperbag untuk mengisi coklat cenderahati ( gambar ihsan google) Cantikkan?

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah