Apam Polka Dot tanpa Ovallete




Ovellete begitu popular sebagai ejen menggebukan tekstur kuih dan kek. JAKIM mengistiharkan  ia adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides @ E471  iaitu sejenis pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.
Ia bererti ovellete adalah halal sekiranya bahan bernama Mono dan Diglycerudesnya sahih dari sumber tumbuhan.
Masalah yang timbul sekarang ialah kita tidak boleh memastikan samada ovellete yang kita beli itu sahih dari sumber tumbuhan.  Tidak ada petunjuk jelas bahawa ovellete jenama  A menggunakan Mono and Di dari sumber tumbuhan, manakala ovellete jenama B dari sumber haiwan. Agak sukar bagi saya sendiri  untuk memastikan ovellete yang saya beli itu halal kerana Ovallete selalunya di jual dalam bekas plastik jernih yang sudah di pek semula. 
Saya masih mencari ovellete halal....mohon dipermudahkan oleh Allah supaya saya mampu mendapatkan bahan yang halal dan baik. Sementara itu saya sudah jumpai pengganti ovellete untuk buat apam polkadot - SUSU PEKAT! Mudah ja kan. Baru-baru ni dapat tempahan apam polkadot, saya terangkan yang apam saya tak guna ovellete, jadi ia tak gebu sangat. Syukurlah dia faham ; malah berterima kasih kerana sudah jumpa pengganti ovellete; Saya terangkan juga; kalaupun kita guna ovellete yang halal; bahan-bahan lain yang terkandung dalam nya masih juga bahan kimia yang memudaratkan.Bahan lain dalam ovellette ialah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.



Tekstur apam masih gebu, ringan  dan lembut walaupun ia tidaklah sangat gebu seperti adunan yang menggunakan ovellete. Jom tengok resepi...

3biji telur gred A (dari peti ais)

*275 (2cwn) tepung gandum
*2sudu teh baking powder
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair
2 sudu besar susu pekat
1sudu tehesen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag

Putar telur + gula + susu pekat dan esen vanilla hingga adunan ini menjadi pekat, putih & berkrim ( 6 minit dengan kelajuan tinggi)

Satukan tepung, gula halus dan baking powder dan digaul. Perlahankan kelajuan, masukkan campuran tepung berselang seli dengan susu. Putar lagi selama 4 minit.
Sediakan kukusan. Saya letak daun pandan untuk apam lebih wangi
Warnakan adunan mengikut citarasa dan tinggalkan adunan putih untuk buat dot
Paip adunan pink dalam bekas papercup yang telah dilapik cawan lompang. Masukkan inti dan paipkan hingga hampir penuh papercup. Titik dot dot dan lorekkan bentuk daun.
Bila kukusan mendidih, perlahankan api. Kukus selama 10-12minit hingga masak.


Comments

Popular posts from this blog

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah