Wednesday, July 10, 2013

Stik Daging Lembu & Sos Lada Hitam

Assalamualaikum
Percaya tak saya kalau saya katakan.. saya masak panggang daging stik (yang telah diperap 2 jam); kukus couscous, kukus sayur dan masak sos lada hitam dalam masa hanya lebihkurang 30 minit?
Boleh... dengan menggunakan magic pan. Tak kisah lah jenama apa, asalkan magic pan / pemanggang ajaib yang begitu popular sedikit masa hari tuuu...

STIK DAGING
Mula-mula saya perap kepingan daging batang pinang selama 2 jam
Daging perlu diketuk-ketuk sikit untuk memecahkan tekstur ira daging. Teknik ini juga membolehkan bahan perapan meresap dengan lebih cepat...jimat masa kan....
Bahan perapan daging ( untuk 4 keping daging 200 gram setiap satu)
1 sudu sos oyster
1 sudu besar serbuk lada chayenne
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil sos wochester
1 sudu kecil lada hitam, goreng sedikit kemudian tumbuk kasar ( boleh jer guna yang segera dari botol tu.. tabur jerr)

( tak ada garam?....)
Ya.. saya tak letak garam masa pemerapan. Kata suami nanti daging tu keras. Saya ikut jer.. tak nak derhaka.. ekekkeke! Logiknya.. kalau kita letak garam awal-awal takut terlebih masin sbb sos oyster dan sos wochester tu agak tinggi kandungan garamnya.
OK. selesai melumur daging tu, tutup dan perap sejam dua..

Couscous
yang nampak putih macam nasi tu, ialah couscous.
1 cawan couscous
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil minyak zaitun

Cuci couscous dalam air mengalir dalam penyejat dan sejatkan .
Gunakan cawan yang sama untuk menyukat 1 setengah cawan air; masukkan dalam magic pan
Gaulkan couscous dengan minyak zaitun dengan garpu, kemudian masukkan dalam air. Kacau hingga rata dan tutup rapat pan, masak dengan api besar selama 3 minit.
Buka penutup  pan, masa ni air sepatutnya telah kering diserap ;gemburkan couscous, perlahankan api; tutup pan dan dan biarkan atas api selama 2 atau 3 minit.Couscous yang masak sepatutnya lembut dan tidak melekat.
Masukkan dalam bekas.


Kentang

Bungkus 2 biji kentang russet dengan aluminium foil
Belah 2; Letakkan dalam pan; renjis sedikit minyak zaitun keatasnya.
Jika suka, tabur garam atas kentang.
Panggang selama 5-5 minit. Terbalikkan kentang supaya masak sebelah lagi.
Panggang lagi selama lebih kurang 4 minit sehinga lembut dan masak.
Angkat dari pan, dan ketepikan hingga waktu menghidang
( waktu memasak juga bergantung pada saiz kentang ; dan jenis kentang yang kita pilih)

Sayur-sayuran:
Saya guna brokoli, bunga kobis, capsicum dan bawang besar
Masukkan sesudu air dalam pan, masukkan semua sayur.
Tutup rapat. Masak selama 2 minit.
Angkat dan masukkan dalam bekas lain.


Akhir sekali boleh lah gril daging. Tabur sedikit garam sebeleum menggril dalam pan. Daging saya masak dalam masa lebih kurang 10 minit.

Lepas tu boleh la buat plating mengikut kreativiti sendiri...dengan sos lada hitam

SOS LADA HITAM

Bahan1
bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar kasar digoreng dahulu sedikit]
1 sudu kecil cayenne papper
2 sudu besar tomato sos @ paste tomato @ tomato puri 
1 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram @ kicap lemak (untuk gelapkan kuah)
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor(kalau nak )
1 sudu kecil tepung jagung bancuh dgn 1/4 cawan air sikit garam dan sedikit gula
minyak zaitun untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara
Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan ayam. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam,cayenne papper, sos tiram @ kicap dan tepung jagung. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki. Perisakan garam n gula secukup rasa.


 

1 comment:

m.u.l.a.n said...

sedapnyaaaaaa....!!