Monday, August 26, 2013

Air Lemon Nak-nak


Sejak diperkenalkan dengan minuman ini oleh Roza Roslan, kami sekeluarga terus jatuh cinta. Segarnya tak terkata, sedapnya menjadikan kami sekeluarga tak pernah jemu. Tengahari atau malam, ia sesuai tak kira masa.
Tetamu yang datang ke rumah juga sering kami hidangkan minuman ini. Ramai yang minta resepi.
Mudah saja, dan bahannya ada di mana-mana pasar basah atau supermarket.

Cara Roza:   Kita hanya memerlukan 5-6 biji lemon atau limau nipis yang diperah airnya. 5 sudu besar gula, air secukupnya, ais dan daun pudina. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
http://muhdkamil.org/rozaroslan/2011/10/06/lemon-nak-nak/


Saya ikut cara Roza bila nak hidangkan segera. Kalau Hari Raya atau tetamu nak datang, saya akan sediakan lebih awal dan simpan dalam petisejuk

Cara saya: 3-4 biji lemon. Saya keruk isinya kemudian di kisar dengan daun pudina, gula dan air melitupi bahan-bahan ini dalam blender.
Tapis dan simpan dalam peti sejuk. Masukkan ais sewaktu hendak menghidang.

No comments: