Saturday, September 7, 2013

Desert Raya Krim Karamel

Super senang duper sedap!



Tak payah cakap banyak ...tapi juadah ni paling awal habis waktu open house kelmarin. Akak buat 4 loyang, cepat ja habisnya. Ramai yang minta resepi. Resepi asal di ubahsuai oleh Model 80-an, Nani Rostam yangpandai masak dan tak lokek resepi. Resepi jualannya itulah yang dia share dengan orang. Baik betul hatinya. Terima kasih Puan Nani..Semuga Puan Nani terus bahagia dan dilimpahi rezeki besar, rahmat berpanjangan  dan keberkatan hidup disamping keluarga bahagia. Saya cukup menyukai blog Puan Nani yang vogue tapi cukup merendah diri. You all tak caya.. pergilah blog ini.. baca dan nilaikan sendiri.

7 biji telur gred A
1 tin susu pekat manis
1 tin air
1 sudu teh esen vanila

2 sudu gula pasir

Loyang 8 inci.

Masukkan gula pasir dalam loyang. Masak hingga gula bertukar perang dan cair. Ketepikan

sebatikan  telur, susu pekat manis, vanila dan air dengan mengacau perlahan lahan dengan garpu. Jangan sampai berbuih nanti tekstur tak cantik mulus halus.
Tapis dan tuang dalam loyang.
Kukus 20 minit dengan api sederhana atau sehingga bahagian tengah dah "firm"

Sebaik keluar telangkupkan dalam dulang.
Sejukkan dan dinginkan..


hmmm.....enak!

2 comments:

m.u.l.a.n said...

why la mine selalu tak smooth je.. udah la berlobang2, atas tu pon color tak even..

tqs sis for the bingka recipe....!!!! bila nak buat ni..??? makan cepat je hehee..

cikMilah said...

sis, lobang tu sebab gelembung udara - jangan du pukul adunannya.. kacau manja-manja jer, kendian tapis dan kukus.. Kukus api sederhana ya..