Wednesday, October 23, 2013

Biskut Florentin Badam

Jom cuba buat biskut meletup . Depa panggil chrunchy caramel la..almond cruchy la.. macam-macam nama glamornya.
 
 

 
 RESEPI FLORENTA MIX NUTS

250g tepung Florenta mix
100g badam keping (almond flakes)
100g badam hiris (strip almond)
100g kuaci bunga matahari
100g biji labu
100g campuran lain - e.g. bijan hitam, bijan putih, kismis, sliced prune or kurma, oats dan sebagainya (ikut kesukaan anda)

1. Bakar atau goreng tanpa minyak badam hiris (perlu sebab dia agak tebal) hingga agak keperangan. Bahan lain tak perlu sb bila dibakar nanti dia akan cukup masak.
2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking, pastikan yang ianya tidak melekat. Saya guna alas baking yang jenis boleh di basuh.
3 Panaskan oven pada suhu 180°Celcius
4. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.
5. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan.
6. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Kalau nak lagi sedap boleh kirai coklat cair di atas kepingan tersebut. Saya malas nak kirai mengirai .. celup saja separuh dalam coklat gelap Le Bourne...goyang-goyang untuk menitiskan lebihan coklat, biarkan pada suhu bilik hingga mengeras. Boleh juga simpan dalam peti air sekejap - tidak lebi dari 5 minit, keluarkan dan simpan
 dalam bekas kedap udara.

Wordless Wednesday #7





Tuesday, October 8, 2013

Zahirkan rindu ku...

Zahirkan rindu ku...

 

Kembara cinta mereka telah bermula. Cemburu melihat mereka dari al-Haramain. Lagi-lagi tersayat hati dengan Salam Baitullah TV1, TV Hijrah.. tambah-tambah keloloh Uztaz Don dalam programnya. Namun demikian, cemburu itu tidaklah membuat saya menjeling benci atau marah. Tidak sekali. Gembira dan berdoa semuga saya juga dapat peluang yang sama. Di panggil Allah menjadi tetamuNYA.

 
Kita kini berada dalam rangkaian sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijah. Sepuluh hari yang agung. Allah Subhanahu wa ta’ala, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, dan seluruh kaum muslimin memuliakannya. Syariat memerintahkan umat Islam untuk menyemarakkannya dengan berbagai amal soleh yang istimewa.

Labbaikallah humm ma labbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innal hamda wanni'mata
lakawal mulk
La syariikalah...

Featured Post

Samperit Resepi Lama

Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang ...