Wednesday, October 23, 2013

Biskut Florentin Badam

Jom cuba buat biskut meletup . Depa panggil chrunchy caramel la..almond cruchy la.. macam-macam nama glamornya.
 
 

 
 RESEPI FLORENTA MIX NUTS

250g tepung Florenta mix
100g badam keping (almond flakes)
100g badam hiris (strip almond)
100g kuaci bunga matahari
100g biji labu
100g campuran lain - e.g. bijan hitam, bijan putih, kismis, sliced prune or kurma, oats dan sebagainya (ikut kesukaan anda)

1. Bakar atau goreng tanpa minyak badam hiris (perlu sebab dia agak tebal) hingga agak keperangan. Bahan lain tak perlu sb bila dibakar nanti dia akan cukup masak.
2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking, pastikan yang ianya tidak melekat. Saya guna alas baking yang jenis boleh di basuh.
3 Panaskan oven pada suhu 180°Celcius
4. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.
5. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan.
6. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Kalau nak lagi sedap boleh kirai coklat cair di atas kepingan tersebut. Saya malas nak kirai mengirai .. celup saja separuh dalam coklat gelap Le Bourne...goyang-goyang untuk menitiskan lebihan coklat, biarkan pada suhu bilik hingga mengeras. Boleh juga simpan dalam peti air sekejap - tidak lebi dari 5 minit, keluarkan dan simpan
 dalam bekas kedap udara.

No comments: