Posts

Showing posts from November, 2013

Menu Makan Malam Yang Ringkas

Image
Umpama burung pulang petang, saya melangkah masuk membawa rezeki untuk keluarga makan malam ini. Kudrat tinggal separuh. Kalau saya memilih untuk duduk alamat beratlah untuk bangun semula. Saya letakkan beg makanan di atas kebinet dapur, letak beg tangan dan beg kerja atas katil; lalu terus menyinsing lengan proses menu makan malam. Fenomena biasa la kan..bagi ibu-ibu bekerja Sekejap saja. Ringkas masakan malam  ini dengan bantuan magic pan. Menu terhidang selepas 30 minit.   Roti Perancis bawang putih, kentang organo, sup cendawan, salad nenas             Ayam panggang sumak Saya perap ayam ni sebelum tidur malam tadi. Bersihkan ayam dan potong kecil. Gaulkan dengan garam halus,serbuk lada cheyenne, serbuk lada putih, serbuk cili kering, perahan lemon dansedikit gula.Perap dalam peti ais. Keluarkan, susun dalam magic pan, grill tanpa minyak selamat 4 minit. Kemidan alihkansebelahlagi. Grill lagi 3minit. Siap. Salad Cucurkan saja sayur dengan merenda