Friday, November 15, 2013

Bubur Asyura

10 Muharram kembali lagi. Asyura time again!
Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.  Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma anpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura..
 

...it's time for bubur asyura again with nutty loads. Yes, I am doing it by myself they way my family used to do - not that tedious though my arm is a bit tired for non-stop stirring part! No written recipe as it done neither with measuring cup or weighing scale but this time I mean to document it for my own reference....and of course for fun sharing....That's why I did not publish until had finally taste my own during iftar today.



Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sinonim. Asyura.
I used:
250 g tepung bersa
300 g gula
260 ml santan pekat
1 litre air
garam, pandan

(kekacang):
1cawan kacang hiaju
1 cawan kacang merah
1 cawan kacang kuda
1 cup kacang Tanah - goring tanpa minyak, buang kulit
1 cawan gajus, - panggang
1 cawan sagu
3 biji pisang
1 ubi keledek
1 cawan jagung tin ( ganti jagung tongkol..)
1 cawan gula merah

Malam sebelumnya, buat ni:
rendam semua kekacang berasingan

Pagi ni:
Rebus kekacang; satu persatu. jangan campur dan rebus sekali ya..
Rendam sagu dan sejatkan
Rebus ubi
Potong serong pisang

Campurkan tepung, gula, gula merah dan air, tapiskan. Campurkan santan dan garam. Masukkan adaun pandan.
Masak atas api perlahan dan kacau hingga pekat. Masukkan sagu, tambah air jika terlalu pekat.
Bila dah nampak " buble" campurkan semua kacang. masukkan pisang dan ubi keledek paling akhir ya
Terus mengacau hingga masak.
 

2 comments:

tulipurple said...

uishhh...lagu ni ka nak wat 'moih' asyura...aduishhh bley bina muscle siap..huhu.
che bukan org penang,tp che nikah ngan org penang...hehe,mama kami dok dkt dgn kompleks kailan tu ha..ihiks'.nnt balik kg,kami nak pi sggh umah sis nie...bley na?!

cikMilah said...

hmmm, menantu sapa ni haaaa...?
Boleh sangat-sangat ler adik tulip, on the way saja...email kay,
alam.jamilah@gmail.com