Menu Makan Malam Yang Ringkas

Umpama burung pulang petang, saya melangkah masuk membawa rezeki untuk keluarga makan malam ini. Kudrat tinggal separuh. Kalau saya memilih untuk duduk alamat beratlah untuk bangun semula. Saya letakkan beg makanan di atas kebinet dapur, letak beg tangan dan beg kerja atas katil; lalu terus menyinsing lengan proses menu makan malam. Fenomena biasa la kan..bagi ibu-ibu bekerja

Sekejap saja. Ringkas masakan malam  ini dengan bantuan magic pan. Menu terhidang selepas 30 minit.


 
Roti Perancis bawang putih, kentang organo, sup cendawan, salad nenas
 
 
 
 
 
 


Ayam panggang sumak
Saya perap ayam ni sebelum tidur malam tadi. Bersihkan ayam dan potong kecil. Gaulkan dengan garam halus,serbuk lada cheyenne, serbuk lada putih, serbuk cili kering, perahan lemon dansedikit gula.Perap dalam peti ais. Keluarkan, susun dalam magic pan, grill tanpa minyak selamat 4 minit. Kemidan alihkansebelahlagi. Grill lagi 3minit. Siap.

Salad
Cucurkan saja sayur dengan merendam dalam air garam. Kalau yang berulat – pasti keluar makhluk tu selepas 2-3 minit rendaman. Bilas dengan cucuran air paip sambil selawat. Nenas dalam tin saya masak dan karamelkan atas magic pan, kemudian potong.
Gaul semuanya dengan minyak zaitun, cuka delima, tabur keju feta..renjis lada hitam.. tadaaaa.. siap!.

Kentang oregano
Dua biji kentang dibersihkan kemudian dibelah 4. Rebus bingga empuk. Keluarkan, buang kulit, tabur sedil\kit garam. Masukkan dalam magic pan, grill hingga kering airnya. Sementara itu taburkan lada hitam dan serbuk oregano. Angkat. Hidangkan denagn hirisan daun sup.

Sup cendawan.
Buka jer tin , campurkan air dan didihkan...

Roti perancis di potong serong; sapu mentega nipis2 dan sapu garam bawang putih ( garlic spread) kemudian bakar dalam magic pan selama 2 minit.

Mudahkan? Tak ada alasan tak mau masak!!!
 

Comments

Mulan said…
ha aahhhh senang ni... good idea..!! tq tq...
mamayaya said…
mak aihhh..nampak menyelerakan. hidangan yang simple, ringan, dan puas makan, sebab ada banyak menu. Rasanya nk sediakan 4 dish ni xsampai 15minit kot ek?

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah