Kuantan, hari ini...

Kebanjiran.....gambar sayaciplak dari BHOnline, Metro Online and Melvistar
 
Kuantan umpama tempat jatuh yang manis dalam kenangan. Saya habiskan dua setengah tahun usia remaja di sana. Alam kolej yang pelbagai rasa – kebanyakannya ceria belaka.  Cabaran waktu itu cuma nak kekalkan CGPA. Selainnya ceria dalam kehidupan . Saya jadi pencinta ombak di TC. Mula belajar main ombah di Balok .Belajar bercinta pun di sana…

Kuantan juga mendekatkan saya dengan aktiviti rohani. Usrah pimpinan Kak Ubai ( sekarang Adun Kelantan) Ustazah Salbiah, Ustaz Hassan, Abang Fuad yang  mencurahkan ilmu mereka yang segalanya itu merupakan pengisian yang sedikit sebanyak mendidik jiwa dan membentuk saya hari ini.

 

Banjir pertama saya pun di sana. Kolej di genangi air . Seumur hidup tak pernah jumpa banjir…Wahhhh kami begitu gembira main air!!!

Kena warning dengan Pakcik Midon warden asrama…Ala pakcik.. kasi chance la orang nak main air….hahaha..Pakcik Midon pun geleng kepala…warning tinggal warning…

 

Hari ini saya sedih melihat gambar-gambar Kuantan.

Sekali Allah hantar tentera NYA ke Kuantan .. gementar terasa sampai sini.. Semuga semua mereka yang sedang diuji dengan dugaan berat ini terus sabar dan tabah.

 



"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu
Wahai diri..bukalah KalamNya iaitu Al-Quran,InsyaAllah hati akan menjadi damai "
 

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah