Posts

Showing posts from July, 2013

Stik Daging Lembu & Sos Lada Hitam

Image
Assalamualaikum Percaya tak saya kalau saya katakan.. saya masak panggang daging stik (yang telah diperap 2 jam); kukus couscous, kukus sayur dan masak sos lada hitam dalam masa hanya lebihkurang 30 minit? Boleh... dengan menggunakan magic pan. Tak kisah lah jenama apa, asalkan magic pan / pemanggang ajaib yang begitu popular sedikit masa hari tuuu... STIK DAGING Mula-mula saya perap kepingan daging batang pinang selama 2 jam Daging perlu diketuk-ketuk sikit untuk memecahkan tekstur ira daging. Teknik ini juga membolehkan bahan perapan meresap dengan lebih cepat...jimat masa kan.... Bahan perapan daging ( untuk 4 keping daging 200 gram setiap satu) 1 sudu sos oyster 1 sudu besar serbuk lada chayenne 1 sudu besar gula perang 1 sudu kecil sos wochester 1 sudu kecil lada hitam, goreng sedikit kemudian tumbuk kasar ( boleh jer guna yang segera dari botol tu.. tabur jerr) ( tak ada garam?....) Ya.. saya tak letak garam masa pemerapan. Kata suami nanti daging tu keras. Say

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Image
Ovellete begitu popular sebagai ejen menggebukan tekstur kuih dan kek. JAKIM mengistiharkan   ia  adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides @ E471  iaitu sejenis pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan . Ia bererti ovellete adalah halal sekiranya bahan bernama Mono dan Diglycerudesnya sahih dari sumber tumbuhan. Masalah yang timbul sekarang ialah kita tidak boleh memastikan samada ovellete yang kita beli itu sahih dari sumber tumbuhan.  Tidak ada petunjuk jelas bahawa ovellete jenama  A menggunakan Mono and Di dari sumber tumbuhan, manakala ovellete jenama B dari sumber haiwan. Agak sukar bagi saya sendiri  untuk memastikan ovellete yang saya beli itu halal kerana  Ovallete selalunya di jual dalam bekas plastik jernih yang sudah di pek semula.  Saya masih mencari ovellete halal....mohon dipermudahkan oleh Allah supaya saya mampu mendapatkan bahan yang halal dan