Sunday, December 29, 2013

Simple Sunday Pancake

Basic Pancake
Pagi Ahad nan dingin. Matahari belum pun keluar namun perut berkeriuk minta gizi. Tak ada makanan di dapur; roti dan biskut kering pun tak ada. Biasanya pun begitulah. Di rumah saya ada banyak "bahan" ( Alhamdulillah) yang sedia ada tapi perlu di proses untuk dimakan.
Saya capai tepung, gula, susu, telur, kuali kecil. Resepi sudah lekat dikepala sebab ia mudah benar. Saya buat pancake ikut resepi ini sejak zaman belajar...Sukatan ikut cawan saja...jom tengok!

Sukatan ini cukup untuk 6 -7 biji pancake

1 cawan tepung
2 sudu gula -saya guna gula yang kita bancuh teh saja..
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 cawan susu ( susu segar atau susu tepung yang dibancuh)
2 sudu mentega ( kalau guna "salted butter" sila abaikan sukatan garam di atas ya!)
1 biji telur
1 sudu besar minyak sayuran



Cara membuatnya:
Ayak tepung dan serbuk penaik.
Kemudian gaulkan dengan mentega menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk lembut.
Masukkan gula.
Pecahkan telur dalam susu, satukan dengan minyak  dan kacau;
kemudian tuang dalam adunan tepung.
Sebatikan, akhir sekali masukkan garam secukup rasa


Seterusnya, panaskan kuali dan goreng seadanya...
Hidangkan dengan jem , madu atau sirap maple




Thursday, December 5, 2013

Kuantan, hari ini...

Kebanjiran.....gambar sayaciplak dari BHOnline, Metro Online and Melvistar
 
Kuantan umpama tempat jatuh yang manis dalam kenangan. Saya habiskan dua setengah tahun usia remaja di sana. Alam kolej yang pelbagai rasa – kebanyakannya ceria belaka.  Cabaran waktu itu cuma nak kekalkan CGPA. Selainnya ceria dalam kehidupan . Saya jadi pencinta ombak di TC. Mula belajar main ombah di Balok .Belajar bercinta pun di sana…

Kuantan juga mendekatkan saya dengan aktiviti rohani. Usrah pimpinan Kak Ubai ( sekarang Adun Kelantan) Ustazah Salbiah, Ustaz Hassan, Abang Fuad yang  mencurahkan ilmu mereka yang segalanya itu merupakan pengisian yang sedikit sebanyak mendidik jiwa dan membentuk saya hari ini.

 

Banjir pertama saya pun di sana. Kolej di genangi air . Seumur hidup tak pernah jumpa banjir…Wahhhh kami begitu gembira main air!!!

Kena warning dengan Pakcik Midon warden asrama…Ala pakcik.. kasi chance la orang nak main air….hahaha..Pakcik Midon pun geleng kepala…warning tinggal warning…

 

Hari ini saya sedih melihat gambar-gambar Kuantan.

Sekali Allah hantar tentera NYA ke Kuantan .. gementar terasa sampai sini.. Semuga semua mereka yang sedang diuji dengan dugaan berat ini terus sabar dan tabah.

 



"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu
Wahai diri..bukalah KalamNya iaitu Al-Quran,InsyaAllah hati akan menjadi damai "