Mee Kari Ayam..my simple style

Rasa-rasa nak makan mee kari malam ni; tapi leceh la nak siapkan mee kari yang saya belajar dari Poh Choo tu..Jadi saya buat mee kari yang simple saja untuk menu makan malam ni..
Bahan pun tak banyak sangat jadi tak ambil masa yang panjang untuk penyediaan dan kerja mencuci. Kalau ada yang nak tengok resepi mee kari versi lebih sedap sila tengok disini resepi mee kari original saya.




Bahan-bahan:
1kg mee kuning dicelur dan toskan

Kuah:
Bahan
1 paket rempah kari daging/ayam
1 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
2 liter air
1 kotak santan pekat
minyak untuk menumis

semangkuk ayam yang dah di potong kecil
5 batang kacang panjang - di potong-potong
fucuk,
tauhu kering
kepingan ikan
bebola ayam
garam secukup rasa

Sambal Cili
Bahan-bahan:
1paket kecil serbuk cili
4 ulas bawang putih
Minyak masak
garam

Hiasan
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang yang dipotong halus

Cara membuatnya:
Kuah
Panaskan minyak untuk tumisan dalam periuk.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan serai yang telah diketuk. Bancuh rempah dengan sedikit air hingga menjadi menjadi pekat. Bila tumisan sudah naik bau wanginya, masukkan rempah dan kacau, masak hingga rempah garing.
Masukkan ayam. Kacau supaya ayam disaluti minyak dan rempah. Masukkan santan, diikuti  fucuk, tauhu kering dan bebola ayam. Kemudian masukkan air dan asam gelugur.
Biarkan hingga menggelegak; Masukkan kacang panjang  dan garam ( dan gula) mengikut citarasa sendiri. Angkat bila kacang panjangsudah separuh masak.

Sambal cili.
cincang bawang putih
bancuh serbuk cili dengan air sampai pekat.

Panaskan 5 sudu besar minyak
Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan serbuk cili. Cepat-cepat kacau supaya cili tidak hangus. Kacau selalu hingga cili masak dan pecah minyak
Masukkan garam. Masak hingga minyak terpisah dari cili.
Angkat.

Hidang:
Celur mee kuning. Masukkan dalam mangkuk. Curahkan kuah beserta isinya. Tabur bawang goreng dan daun bawang. Tambah sambal cili jika suka.

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah