Dengarlah Bahasa Badan

Menyentuh hari dalam berlari mengejar masa sekaligus mahu segala tugas sempurna, kadang-kadang terabai panggilan halus tubuh sendiri. Letih dan lemah tolak tepi demi sesuap rezeki dan kelansungan hidup berumahtangga . Bagi kita ibu-ibu bekerja ini sering mengambil sikap.. tak apalah berpenat sikit asal mereka bersenang hati. Hilang letih bila tengok anak-anak menyejuk hati. Terbang lesu kala suami memuji. Sakit-sakit urat sendi  otot dan tulang temulang pun biasa-biasa saja rasanya.. Faktor usia..begitulah gurauan nya.

Namun bahasa badan sering menjentik sesuatu dalam hati. Terdetik juga gerak hati...( apakah... ). tapi bagai dikata, acapkali tenggelam dalam kita melayan sibuknya acara dan padatnya ketika.

Sesekali aku bawa diri ke spa. Tidur dan lelap waktu tubuh dirawat. Nyaman. Antara tidur dan jaga...terasa juga sakitnya simpulan urat cuba dilerai. Sudah dua kali perawat berkata..Rahim sebelah kiri ni macam bengkak sikit puan..."
Aku sekadar mengiyakan dan lelap semula...

Hari itu hari Isnin. Ada sesuatu yang tidak selesai di rumah tapi aku tinggalkan. Biarlah...sampai masa sejuklah ia. Sampai di tempat kerja tenggelam dalam segala mala urusan yang tak pernah reda.
Waktu rehat tengahari aku ambil peluang melerai lelah di café sahabat baik ku. Aku cuma makan laksa. Tak terasa lapar benar cukuplah. Selesai makan kami sepakat memcuba air bandung di restoren satu lagi.

Baru sekali teguk aku terasa semua yang ada berpusing arah lawan jam.. eh, tak kan sirap bandung ni buat aku rasa begini.
Aku pejam mata, terasa pening. Aku buka mata kembali . Putaran masih ligat. Ya Allah sudah sampai kah waktu ku. Sekilas terbayang wajah anak-anak satu persatu. Ya Allah .. berilah peluang aku untuk hidup, untuk mencari bekal ke negeri akhirat. Aku dengar suara ku beristighfar. Aku berkata pada diri.. kontol minda.. Ya Allah.. don't let me passed out. Aku segera tunduk kepala hingga ke bawah lutut dan tangan memegang pergelangan kaki.
Ya Allah.. Ya Ghaffar, Ya Haiiyu Ya Qayyum
La ila ha illa anta, subha naka inni kuntu minadzzolimin...

Kesudahannya...terlantar di hospital
Tekanan darah mendadak. Bacaan hypertension juga melepasi tahap normal

3 hari terlantar penuh tandatanya. ENT, OB, Ortho..semua merasa. Akhirnya MRI mengesahkan ada sedikit bengkak di bahagian rahim sebelah kiri. Tiada kesan waktu ultrasound kecuali sebiji "functional fibroid" sebesar hujung jari kelingking.. Aku akur saranan pakar OB & Gyne. untuk jalani satu prosedur. Tiada pembedahan..sambil dengan teliti dia terangkan satu persatu. Dalam usia begini, aku akur kerana itu yang sepatutnya dilakukan untuk pastikan apa yang "ada di dalam".

Kala ini juga terkenang kata-kata perawat di spa..." Rahim sebelah kiri puan macam bengkak sikit...."
Ternyata is bukan tekaan atau omongan kosong. Barangkali dia bukan perawat biasa, tentunya ada jalur kebidanan dalam darah keturunan wanita singset kecil molek yang manis wajah dan bahasa itu.
Ooo.. baru teringat pernah dulu saya mengorek rahsia..dia pernah bercerita tentang neneknya seorang perawat di keraton.

Sampai harinya aku bersihkan diri; beristighfar dan banyakkan selawat. Pasrah menyerah pada perlindungan Allah sepanjang waktu proses bermula. Paling akhir yang aku ingat sewaktu topeng penutup ditangkup menutup hidung dan mulut selari itu jururawat mengingatkan aku supaya Istighfar dan Bershahadah. Dia bisikkan Bismilah, Aku menyedut nafas dalam tangkupan beserta dua  kalimah syahadah...dan......

Bila sedar aku rasa amat sejuk dan tekak agak kering. Aku minta satu lagi selimut. Sampai ke bilik, aku bangun dan salin pakaian bersih dan lebih tebal. Berselimut 3 lapis pun belum hilang sejuknya.
Doktor singgah bertanya khabar. Dia terangkan satu prosedur tambahan yang dia buat. Dia minta maaf kerana buat prosedut tambahan tanpa pengetahuan dan izin aku. Namun dia berkata prosedur itu perlu dibuat dan di persetujui pakar yang seorang lagi. Katanya sewaktu kamera dimasukkan mereka dapati satu ketumbuhan beserta polip melekat padanya terletak pada bahagian kiri rahim. Katanya lagi itulah jawaban pada masalah " prolonged mensus", tekanan darah rendah ; vertigo, "fatique" dan masalah "pusing-pusing" yang aku hadapi selama ini.

Lhorrrrr.. aku ingatkan itu semua symptom menopaus!!!! Rupanya ada "benda" bersarang.
Alhamdulillah ia dapat dikesan
Alhamdulillah aku pengsan hari tu
Alhamdulillah ia dirawat pada peringkat awal.

Menginjak usia, deria ke enam sering benar tekaannya. Acapkali gerak hati menjadi nyata. Dengarlah bahasa badan

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah