Colmar Tropicale

Indah di depan mata. Meski pun ia cuma taman tema replika pekan Colmar Perancis, cantiknya cukup mempesona. Apalagi waktu kami tiba cuaca agak sejuk. Perasan la tu...
Colmar Tropicale Bukit Tinggi
Cuaca dingin sedikit sebanyak memenangkan. Kami check-in dengan selamat dan terus naik ke bilik. Seronok anak-anak kerana kami dapat suite dua tingkat. Bilik mereka di loteng dengan pemandangan yang cukup cantik waktu memandang ke bawah melihat panorama pekan kecil itu.
Saya tak kisah sangat. Janji nya saya dapat berehat cukup-cukup. Usai solat semuanya dan anak-anak bersiap saya bagi wang belanja untuk mereka turun jalan-jalan dan makan. "Nite-walk" la konon..InsyaaAllah selamatlah sayang mama hendaknya.

Saya cuma mahu diam di bilik...di Bukit Tinggi dengan buku tebal dan teh kosong.
Saya hanyut dengan drama Zuha dan Falah hasil tangan Noor Suraya. Buku buku tebal Cintaku Luruh di Oxford ini mengasyikkan. Sedar-sedar sudah tengah malam. Anak-anak sudah naik, bekalkan saya croissant dari bakeri di bawah. 

Pagi esoknya kami sarapan di La Blason, restoren di aras bawah hotel. Lumayan, tapi teringin merasa minum kopi di cafe tepi jalan sambil berangan!!!

Siri anak-anak riang...

 selfie acara wajib..kebetulan terjumpa saudara..






bye..bye  Colmar Tropicale..


Inilah anganan sebenar. Ingin jejak ke sini.semuga satu hari nanti kita dapat jalan-jalan ke Colmar France pula...



Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah