Posts

Showing posts from July, 2014

Aura Raya! Tart Nenas

Image
Bahan-bahan: 250 gram mentega tanpa garam 80 gram gula aising 2 biiji telur - ambil kuningnya saja 375 g tepung gandum Jem nenas secukupnya Cara membuatnya; Putar mentega dengan gula hingga gebu  Masukkan telur. Kacau hingga rata Masukkan tepung dan uli hingga sebati Tekan dengan acuan Letakkan inti jem nenas Gulung dengan cermat Bakar hingga masak

Aura Raya! Samperit Kastad

Image
Biskut samperit memang evergreen! Biskut raya yang lain ada pasang surutnya tapi samperit tetap popular dan menjadi hiasan balang biskut pada kebanyakan rumah, kalaupun tidak semua. Resepi ni entah dari mana.. saya simpan sejak remaja. Bahan-bahannya: 300 gram mentega 160 gram gula aising 100 gram tepung jagung 160 gram tepung kastard 240 gram tepung gandum 2 biji kuning telur Ceri yang di potong kecil-kecil untuk hiasan Cara-caranya Pukul mentega dan gula aising hingga sebati. Tak perlu gebu sangat sekadar adunan bersatu saja Masukkan telur kuning dan kacau sebati. Saya pkul sedikit telur tu segan garpu sebelun di tuang dalam adunan krim mentega Ayak semua jenis tepung. Masukkan sedikit demi sedikit sambil di uli denan hujung jari hingga menjadi doh lembut. Masukkan dalam acuan samperit dan tekan. Saya guna acuan pecah 14. Hias dengan ceri dan bakar dengan api sederhana. Untuk oven saya jenama Sonar saya bakar selama 20 minit dengan suh

AromaRaya! Bright Eyed Susan

Image
Ketuk-ketuk Aidilfitri.... Biskut kegemaran saya. Suka benar kerangupan badam bersatu jem strawberi , lemak manis membelai tekak. Mudah jer buat ni.. Tak payah terap.. gentel-gentel jer.. hehehe.. Sempat lagi buat ni..  Selamat mencuba ya. InsyaAllah tak kecewa... BRIGHT EYE SUSAN COOKIES Dicubarasa :  Ummi @ Home Sweet Home Copy and paste dari blog Ummi Zaihadi Bahan:- (anggaran 80 biji) 260 gram tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder secubit garam 250 gram mentega (akak guna brand Anchor) 125 gram gula kastor 1 sudu teh esen vanila 1 biji kuning telor Hiasan:- 1 biji putih telor Cincangan almond (almond nibs) secukupnya  Jem strawberry secukupnya Cara Membuat:- Ayak tepung, baking powder dan garam. (akak ayak 2x). Ketepikan. Dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega dan gula kastor, pukul hingga sebati. Masukkan kuning telor dan terus pukul lagi. Masukkan esen vanila dan terus pukul hingga sebati. Switch off mixer. Keluarkan mangkuk adunan d

Wordless Wednesday Ramadhan! Pavlova

Image

Sejuk Manis Ramadhan! Agar-agar Ros

Image
Nyaman ditekak.. mudah pula membuatnya... . Saya suka masukkan dalam acuan comel. Dapat banyak pula. Sekali buat boleh simpan sampai akhir puasa. Boleh bagi jiran atau kawan. Paling tidak, simpan sejuk saja dan boleh dikeluarkan waktu orang bertandang tak bagi green light ataupun waktu lewat sediakan iftar dan tak sempat beli makanan... 1 cawan agar-agar tali ( cuci, rendam, tapis dan sukat dlm cawan) 2 cawan gula pasir 3 cawan air 1 kotak kecil santan segera Pewarna/perasa ros Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga cair. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut semuanya Masukkan santan, Kacau selalu. Masak hingga mendidih sedikit. Tapis and tuang dalam acuan sesuka hati.. Sejukkan. Sedia utk dihindangkan

Sahur tadi...Roti Benggali Keema Daging

Image
Sebelum puasa hari tu pergi King Street dan Penang Street beli stok rempah, bawang dan kentang. Suka beli di sana sebab murah dan segar. Bawang tahan sebulan tak berkulat. Kentang pun tak kecut. Sempat juga singgah di Ismailia beli roti. Lebihan roti tu masih segar buat sahur hari ni. Roti benggali bakar dengan keema daging dan telur separuh masak. Roti Benggali terbaik dari Ismailia atau Pitchey Bakery . Memang terkenal sangat terutama kat Penang ni. Saya pernah masuk ke dalam tempat proses roti bakeri ini waktu kelas membuat roti. Ada mesin pengadun besar, jadi tak da lah cerita hal menguli tepung dengan kaki dari bakery terkenal ni, setakat yang saya tahu. Sekitar jalan di situ ada beberapa arca jalanan yang di lekat ke dinding. Menarik, fakta sejarah dan lelucun setempat. Kawasan ini penuh dengan binaan bangunan pra-penjajah dan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya suka keunikannya. Sentiasa sesak dengan manusia pelbagai warna dari pelusuk dunia. Pejalan kaki paling ra