Posts

Showing posts from August, 2014

Wordless Wednesday - Lovely Balcony

Image
http://emcasademaria.blogspot.com.br/2013/09/pequenas-varandas-indicasdemaria.html

Lompang Gula Melaka

Image
Assalamualaikum... semuga hari mu indah! Petang-petang gini.. bulan Ramadhan dulu kita rajin ke dapur buat kuih. Jom la kita teruskan.. Untuk lompang gula melaka ni saya guna agak banyak gula melaka dan tak campur pun gula pasir. Sukanya saya bila kelikatan air gula bersatu dengan wangi aroma daun pandan...hmmmm...menusuk selera Entri kali ini sebenarnya untuk penuhi permintaan anak saudara saya yang suka masak dan menjamu. Jom kita tengok dan buat lompang berlesung pipit! Bahan-bahan: 2 cwn tepung beras 1/2 sudu kecil kapur (bancuh dengan 1/2 cawan air dan tapis) Sedikit kelapa parut dan digaul dgn sedikit garam 2 ketul gula melaka 4 cwn air daun pandan Cara cara: Masak gula melaka dengan air hingga larut bersama daun pandan. Tapis dan sejukkan. Tuang air gula yang telah sejuk ke dalam tepung sambil dikacau rata. Masukkan air kapur dan kacau sebati. Tapis adunan ke dalam bekas.  Didihkan air dalam kukusan. Setengah orang suka letak sedikit

Curry Mee

Image
As they said, Curry Mee is orignally a Chinese food. I am not sure of that. A father’s owned coffee shop friend in ChaiLeng Park , Penang had told me that they use rock sugar in seasoning. While a friend from Ipoh said that it’s not a curry mee if not using a mixed blanch of yellow mee and mee hoon. In my version, I would prefer to use dried mee - sort of a crinkle maggi type mee . Curry Mee should taste hot with a tinge of sweetness from fresh seafood in a not-so-thick-soup. Like last year, I had brought this recipe once again to the table for everyone who drop in over the weekend.. realms of Raya... Main dish: 1 kg mee / dried maggi soak in hot water to soften, drain. Soup: 1kg grated coconutt, make about 2 liter - 2.5 liter santan Oil for sauté and chilly oil Shrimp stock: use the heads and shell (see: Ingredients) Liquidise them with 500ml water. Strain the waste off, use only clean stock. 1pcs tamarind skin / asam gelugur Soup’s Ingredients: 500g shelled cockl

Pineapple Upside Down Cake

Image
Assalamualaikum,.. mengancam tak kek nenas terbalik ni? Musim raya ni kalau berjalan ke rumah saudara mara sahabat handai, molek juga dibawa buahtangan, kan. Baru-baru ni Saya buat sebiji untuk makan di rumah dan sebiji lagi untuk kawan semasa berkunjung ke rumahnya. Resepi simpanan saya ni dah tak ingat dapat dari mana. Alhamdulillah, resepi ni tak pernah mengecewakan saya.  Resepi ini juga saya guna untuk buat jualan kek nenas; tak kurang tak lebih dengan cara saya buat untuk makan sendiri. Kek ini ringan dan lembab. Tak jemu memakannya sebab ia penuh rasa nenas dari jus nenas , apalagi bila tergigit isi kepingan nenas ...hmmm... enak! Saya kehabisan ceri untuk di letak di tengah-tengah gegelang nenas tu, jadinya say aganti dengan jelly tip. Letak tiga biji jelly tip , selesai masalah...dan nampak cantik pun... 200gm gula kastor 180gm mentega 4 biji telur (gred A) 300gm tepung kek / self raising flour* * boleh juga guna tepung gandum  biasa. Sila tambah 1 sudu teh

Nasi Kerabu Kedah

Image
yuuu huuuuuu....Nasi kerabu sayur keladi! Siaran tertunda. Masak nasi kerabu ni masa bulan puasa tapi gambar nya baru jumpa! Kalau bulan puasa memang la mencari nasi kerabu " Kedah old fashioned" ni. Kena buat sendiri baru tepati citarasa. Cheewah, macam la pandai sangat...Tak da pun... cuma terfikir jugak, kalau tak buat sendiri bila nak pandai kan! Alkisahnya, satu pagi minggu saya di pasar basah terjumpa ulam segar. Saya pun beli beberapa ikat pucuk janggus/gajus, cabang tiga, putat, kesum, peria pantai dan selasih. Puas hati dapat pucuk-pucuk ni. Nak guna sikit saja tapi kena lah beli tiap satu. Balik dari pasar saya terus masak nasi. Masak awal sebab nasi kerabu ni kena guna nasi yang dah sejuk. Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah Bahagian nasi: Nasi putih secukupnya. Untuk sukatan ini saya gunakan 3 cawan beras. Tanak dan sejukkan, Kacau biar berderai. supaya mudah menggaul nanti. Ulam-ulaman : pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurang