Tuesday, August 19, 2014

Lompang Gula Melaka

Assalamualaikum... semuga hari mu indah!
Petang-petang gini.. bulan Ramadhan dulu kita rajin ke dapur buat kuih. Jom la kita teruskan..

Untuk lompang gula melaka ni saya guna agak banyak gula melaka dan tak campur pun gula pasir. Sukanya saya bila kelikatan air gula bersatu dengan wangi aroma daun pandan...hmmmm...menusuk selera

Entri kali ini sebenarnya untuk penuhi permintaan anak saudara saya yang suka masak dan menjamu. Jom kita tengok dan buat lompang berlesung pipit!



Bahan-bahan:
2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil kapur (bancuh dengan 1/2 cawan air dan tapis)
Sedikit kelapa parut dan digaul dgn sedikit garam

2 ketul gula melaka
4 cwn air
daun pandan


Cara cara:
Masak gula melaka dengan air hingga larut bersama daun pandan. Tapis dan sejukkan.

Tuang air gula yang telah sejuk ke dalam tepung sambil dikacau rata. Masukkan air kapur dan kacau sebati. Tapis adunan ke dalam bekas. 

Didihkan air dalam kukusan. Setengah orang suka letak sedikit minyak pada acuan lompang. Bagi saya, lebih suka susun acuan dalam pengukus, kemudian panaskan terlebih dahulu.

Tips:
Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang sehingga penuh kebibir acuan. Tumpah sikit tak apalah kannnn... 
Pastikan air kukusan menggelegak sewaktu menuang adunan dalam acuan. Kukus selama 20-25 minit. InsyaaAllah, ia akan menghasilkan lompang yang berlesung pipit terletak cantik di tengah-tengahnya.




Masukkan kelapa parut putihyang telah di gaul garam halus secukup rasa.



Cubalah.. mana tahu tertawan hati...

2 comments:

asyifa mustaffa said...

Cntik kejadian tu...nnti nak try la...:)

cikMilah said...

Silakan asyifa.. t kasih..