Wednesday, August 13, 2014

Nasi Kerabu Kedah

yuuu huuuuuu....Nasi kerabu sayur keladi!
Siaran tertunda. Masak nasi kerabu ni masa bulan puasa tapi gambar nya baru jumpa!

Kalau bulan puasa memang la mencari nasi kerabu " Kedah old fashioned" ni. Kena buat sendiri baru tepati citarasa. Cheewah, macam la pandai sangat...Tak da pun... cuma terfikir jugak, kalau tak buat sendiri bila nak pandai kan!
Alkisahnya, satu pagi minggu saya di pasar basah terjumpa ulam segar. Saya pun beli beberapa ikat pucuk janggus/gajus, cabang tiga, putat, kesum, peria pantai dan selasih. Puas hati dapat pucuk-pucuk ni. Nak guna sikit saja tapi kena lah beli tiap satu.

Balik dari pasar saya terus masak nasi. Masak awal sebab nasi kerabu ni kena guna nasi yang dah sejuk.


Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah


Bahagian nasi:

Nasi putih secukupnya. Untuk sukatan ini saya gunakan 3 cawan beras.
Tanak dan sejukkan, Kacau biar berderai. supaya mudah menggaul nanti.

Ulam-ulaman :

pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurangnya 3 jenis
Pilih pucuk yang baik 3-4 helai bagi tiap jenis.
Kesemua ulaman dimayang halus.

Rempah segar :

Setiap satu jenis di tumbuk berasingan
Sedikit lengkuas - tumbuk halus
3 batang serai - hiris halus dan tumbuk
1 susu besar lada hitam - tumbuk halus
5 ulas bawang merah di mayang nipis-nipis

Perasa:

I keping ikan kering yang elok isinya. Saya guna isi ikan talang.
1 cawan kelapa parut

Ikan kering di goreng kemudian isinya disiat atau ditumbuk halus

Goreng kelapa parut menjadi kerisik muda*

*kerisik muda ialah kelapa parut di goreng dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan tumbuk perlahan-lahan sampai hancur sedikit. Jangan tumbuk sampai pecah minyak, ia seharusnya berderai dan rangup.



Menyediakan nasi:

Gaulkan semua bahan ulana, rempah segar, perasa bersama nasi hingga bercampur sekata. Masukkan sedikit garam jika perlu. Saya tak letak garam dah, cukup asin dari ikan kering tu...



























Sayur Asam Pedas Keladi



Bahan-bahan.
1 batang keladi di siang dan di celur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering
2 inci belacan
sedikit udang kering
2-3 keping asam gelugur
Ikan kembung jika suka
Garam secukup rasa

daun kesum


Kisar semua bahan ( kecuali keladi dan ikan!)

Masak bahan kisar dalam periuk bersama secawan air hingga terbit bau
Masukkan 3 cawan air dan asam gelugur, rebus lagi hingga mendidih.
Masukkan keladi dan ikan. Rebus hingga keladi lembut.
Rasa asam garamnya, tambah apa yang patut jika perlu.

Rasanya mesti seimbang masam masin dan pedasnya.


Hidang dengan nasi ulam.



No comments: