Posts

Showing posts from September, 2014

Nasi Daging Kenduri Korban- RE POST!

Image
Terkini 30 Sept 2014




Assalamualaikum warhmatullah...Salam Aidil-Adha dan salam hari tashriq

Firman Allah yang bermaksud "Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir". (Surah Al-Hajj:28).


Maka ia akan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian - untuk dimakan (orang yang berkorban), untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan untuk dihadiahkan (kariah dan lain-lain).

Ada juga yang empunya korban mengambil sunat memakan sedikit sahaja daging korban dan selebihnya disedekahkan.


Nikmatnya ibadah korban, kan? Daging korban bahagian kita dah kita sedekahlan, kemudian berganda-ganda Allah kembalikan nkmatnya dengan pemberian dari sanak saudara dan sahabat handai pula. 


Sehari dua ni saya masak terus daging yang di hadiahkan pada saya untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung. Sedap makan daging segar ni. Masak goreng kunyit pun cukup perisa! Kalau ada masa nanti saya buat nasi daging InsyaAllah. Kena tunggu cuti hujung minggu barula boleh…

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum
oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Nota cikMilah: Terlalu indah dan bagus untuk tidak dikongsi naskah ini

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ "Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan m…

Wordless Wednesday The Laundry Room

Image