Nasi Daging Kenduri Korban- RE POST!

Terkini 30 Sept 2014




Assalamualaikum warhmatullah...Salam Aidil-Adha dan salam hari tashriq

Firman Allah yang bermaksud "Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir". (Surah Al-Hajj:28).


Maka ia akan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian - untuk dimakan (orang yang berkorban), untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan untuk dihadiahkan (kariah dan lain-lain).

Ada juga yang empunya korban mengambil sunat memakan sedikit sahaja daging korban dan selebihnya disedekahkan.


Nikmatnya ibadah korban, kan? Daging korban bahagian kita dah kita sedekahlan, kemudian berganda-ganda Allah kembalikan nkmatnya dengan pemberian dari sanak saudara dan sahabat handai pula. 


Sehari dua ni saya masak terus daging yang di hadiahkan pada saya untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung. Sedap makan daging segar ni. Masak goreng kunyit pun cukup perisa! Kalau ada masa nanti saya buat nasi daging InsyaAllah. Kena tunggu cuti hujung minggu barula boleh "bertekap" masak nasi daging ni. Banyak kerja sebab saya suka masak nasi daging "in set" dalm menunya, baru puas menjamu..:)


Ini  resepi nasi daging yang selalu saya buat. Tiap hidangan ada kelainan rasa.


  • Nasi Daging
  • Kari Dalca dengan ramuan sayuran dan daging tetel dengan paru,hati,
  • Daging Kicap  - manis pedas yang seimbang
  • Sup Tulang
  • Daging rebus dan perut
  • Air Asam Kerisik
  • Air Asan Kicap
...jom kita tengok resepi...

Nasi Daging
resepi Suzana Raman aka Ana Cake Lover



Resepi Ana mmg best - sejak dapat resepi ni akak tak tengok dah respi lain...umpph

1 kilo daging...dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi...bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi...
1/2 cawan susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging...boleh beli kedai mamak rempah...kalau tak de boleh guna rempah kurma
1 sudu kecil rempah sajira - rempah ni mmg susah nak dapat...tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah...mesti ada punya...kalau x ada tak yah masuk
sedikit gula batu dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis :-

4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar - untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai - diketuk

1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air...kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi...boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Nota:

Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.
Potong daging nipis nipis untuk di cicah dengan air asam.

Air Asam Kerisik
air tangan cikMilah

pedas masam masin pedar secukup rasa..

Hiris nipis.......
  • 3 bawang bawang besar
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang cili hijau
  • 2 tomato masak ranum
  • 1 tomato hijau

Tumbuk dan lumatkan.....

  • belacan secukupnya
  • garam,
  • 5 batang cili padi ( tambah lagi kalau nak lebih menyengat!)
  • 1 batang cili merah

Penyedap rasa....

  • 2-3 biji limau kasturi; belah 3 dan keluarkan bijinya
  • 3 sudu kerisik
  • gula perang secukup rasa

Gaulkan semua bahan yang telah dihiris dan ditumbuk kemudian perah air limau kasturi dan gaul sekali dengan kulitnya. Masukkan kerisik dan gula perang, terus gaul hingga mesra. Rasa asam garam manis pedasnya perlu seimbang. Tambah lah bahan-bahan yang kurang hingga air asam jadi cukup perisa.

Rahsianya..jangan masukkan air. Cukup dengan air sari asam limau kasturi, sari bawang cili dan tomato yang berbaur menerbitkan perisa yang pedas mengancam selera!!!


 

Air Asam Kicap

air tangan cikMilah

Hiris nipis

  • 3 bawang bawang besar
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang cili hijau
  • 2 tomato masak ranum
  • 1 tomato hijau

Tumbuk dan lumatkan.....

  • garam, gula putih
  • 5 batang cili padi ( tambah lagi kalau nak lebih menyengat!)
  • 1 batang cili merah
  • satu ulas bawang putih yang kecil

Penyedap rasa....satukan...

  • 1 sudu teh kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil sos oyster
Gaulkan semua bahan. Tambah apa yang kurang hingga cukup rasa.


Dalca Best

air tangan cikMilah

Bahan tumisan;

  • 3 ulas bawang merah - mayang halus
  • 1 ulas bawang putih - mayang halus
  • 1 sudu rempah tumis
  • kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
  • setangkai daun kari
  • 3 hiris halia di mayang halus memanjang
Rempah untuk ditumis;
  • 1 paket rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
Tumbuk bawang hingga lumat,gaul bersama serbuk rempah dan cili dengan sedikit air hingga membentuk bola ( gaul ngan sudu la adik...tak nanti pijar jari halus ko...) Ketepikan.

1/2 cawan Kacang dhal kuning .

Rebus hingga separuh masak , tos dan ketepikan. 

Daging: Semangkuk sederhana daging campur-campur ( akak guna mangkuk corelle)

Potong kecil ikut suka hati tp toksah la kecik sangat nanti hancur jadi kuah pulak
  • daging tetel dengan sedikit lemak
  • paru, limpa, jantung
  • daging pejal
  • kalau nak camput tulang yang kecil pun ok
Sayuran:
3-4 biji kentang
1 batang carrot
1 batang terung
kacang panjang
buah-buah masam- belimbing buluh / mempelam muda
pisang muda
tomato

kupas, potong dan bersihkan.


2 cawan santan pekat.

3 cawan air.
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya


Sediakan periuk besar. Pijarkan minyak dan tumis bahan tumisan KECUALI daun kari. Kacau supaya tidak hangus. Bila terbit baunya baru di masukkan daun kari....Kacau hingga bawang kekuningan kemudian baru masukkan rempah yang sudah dibancuh tadi. Kacau lagi supaya garingnya sekata.

Bila rempah dah naik wangi dan garing, masukkan daging campur dan kacau hingga semua bahagian daging berpalut dengan rempah. Biarkan merenih seketika. Masukkan kentang dan carrot. Tutup periuk.
Lepas tu baru masukkan santan dan air. Tambah air dan santan sekiranya perlu.
Biarkan hingga mendidih, masukkan sayur-sayuran dan biarkan hingga mendidih lagi hingga pecah minyak.
Akhir sekali, tambah garam secukup rasa.


Sup Tulang


Peralatan : Cara memasak menggunakan pressure cooker 

Tumisan:
pandan  sehelai di potong 3 kerat
halia di hiris halus memanjang
bawang putih
bawang merah
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga

Seketul halia lebih kurang se inci - ketuk

2 bungkus rempah sup bunjut\
2 potongan (bahagian bawah pokok daun sup beserta akar) - rendam dan cuci bersih
2 potongan ( bahagian bawah pokok daun bawang) - rendam dan cuci bersih

1 1/2 kilo tulang yag sudah di potong bercampur daging dan sedikit lemak jika suka


Cara: Pijarkan minyak. Tumis kesemua bahan tumisan hingga naik wangi.

Tambah air secukupnya. Bila air sudah hangat, masukkan tukang beserta bahan-bahan lain.
Tutup periuk dan tunggu hingga ia lepaskan wap dan berdesing..tutup api. Biarkan cooling off sekejap. Kemudian panaskan semula dan biarkan periuk tu berdesing sekali lagi. Tutup api dan biarkan hingga sejuk dan boleh di buka penutup periuk. Dengan cara begini, isi yan gmelekat pada tulang akan mudah tanggal. Tulang rawan juga mengembang dan lekang dengan mudah dati tulang keras..

Bila dah masak keluarkan daun pandan dan potongan pokok daun sup dan bawang' bolehla di hidangkan dengan taburan adun sup dan daun bawang juga bawang goreng.



Daging Goreng Kicap



250 gram daging -dihiris nipis
bawang besar - potong kasar
cili merah dan cili hijau - potong kasar
2 hiris halia - dipotong memanjang

Tumbuk /  lumatkan
5 ukas bawang merah
1 ulas bawang putih

kicap manis
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar

Gaul daging dengan sedikit bawang. Masak terus dalam kuali hingga terbit air. Balik-balikkan agar daging masak sekata. Bila air hampir kering, keluarkan dari kuali dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi, masukkan daging sersama airnya sekali. kacau, bila sudah mendidih masukkan abwang besar dan cili. Masukkan juga kicap, tambah garam jika perlu dan masukkan lada hitam. Kacau sebati dan angkat.

Selamat mencuba

Comments

Uniknya Air Asam Kerisik tu. Tak pernah cuba. Alangkah baiknya ada gambar tu...mesti boleh bajet warnanya apa. Tp takpe...kita try dulu :)

*nikmatnya daging korban*
zlaa said…
nak buat nasi daging jugak la.. lama sungguh tak buat. Dulu2 kalau buat guna rempah nasi daging. Beli kat Kedah masa tu..

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah