Saturday, July 26, 2014

Aura Raya! Tart Nenas



Bahan-bahan:
250 gram mentega tanpa garam
80 gram gula aising
2 biiji telur - ambil kuningnya saja
375 g tepung gandum

Jem nenas secukupnya



Cara membuatnya;
Putar mentega dengan gula hingga gebu 
Masukkan telur. Kacau hingga rata
Masukkan tepung dan uli hingga sebati
Tekan dengan acuan
Letakkan inti jem nenas
Gulung dengan cermat
Bakar hingga masak





Thursday, July 24, 2014

Aura Raya! Samperit Kastad

Biskut samperit memang evergreen! Biskut raya yang lain ada pasang surutnya tapi samperit tetap popular dan menjadi hiasan balang biskut pada kebanyakan rumah, kalaupun tidak semua.

Resepi ni entah dari mana.. saya simpan sejak remaja.



Bahan-bahannya:

300 gram mentega

160 gram gula aising

100 gram tepung jagung

160 gram tepung kastard

240 gram tepung gandum

2 biji kuning telur

Ceri yang di potong kecil-kecil untuk hiasan

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati. Tak perlu gebu sangat sekadar adunan bersatu saja

Masukkan telur kuning dan kacau sebati. Saya pkul sedikit telur tu segan garpu sebelun di tuang dalam adunan krim mentega

Ayak semua jenis tepung. Masukkan sedikit demi sedikit sambil di uli denan hujung jari hingga menjadi doh lembut.

Masukkan dalam acuan samperit dan tekan. Saya guna acuan pecah 14.

Hias dengan ceri dan bakar dengan api sederhana. Untuk oven saya jenama Sonar saya bakar selama 20 minit dengan suhu 160C



Wednesday, July 23, 2014

AromaRaya! Bright Eyed Susan


Ketuk-ketuk Aidilfitri....

Biskut kegemaran saya. Suka benar kerangupan badam bersatu jem strawberi , lemak manis membelai tekak. Mudah jer buat ni.. Tak payah terap.. gentel-gentel jer.. hehehe..
Sempat lagi buat ni..
 Selamat mencuba ya.
InsyaAllah tak kecewa...




BRIGHT EYE SUSAN COOKIES
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home
Copy and paste dari blog Ummi Zaihadi

Bahan:- (anggaran 80 biji)
  • 260 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 250 gram mentega (akak guna brand Anchor)
  • 125 gram gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telor
Hiasan:-
  • 1 biji putih telor
  • Cincangan almond (almond nibs) secukupnya 
  • Jem strawberry secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. (akak ayak 2x). Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega dan gula kastor, pukul hingga sebati.
  3. Masukkan kuning telor dan terus pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan terus pukul hingga sebati. Switch off mixer.
  5. Keluarkan mangkuk adunan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kaup balik rata dan uli sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (akak dapati adunan lembut teramat, so akak tambar lebihkurang 3 sudu besar tepung lagik)
  6. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. (jika boleh buat bentuk bulat biar sama). Buat hingga habis.
  7. Celupkan permukaan atas bebola biskut dalam putih telor dan kemudian golekkan permukaannya dalam almond nibs.
  8. Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang di tengahnya. Masukkan jem dalam piping plastic dan paipkan jem ke dalam lubang tadi. (akak letak biskut dalam papercup, senang dan lebih kemas...hehe) - boleh buat lubang dengan hujung senduk kayu yg bulat dan sesuai la yea)
  9. Panaskan dulu oven dan bakar pada suhu 200 C selama 10 minit atau ikut oven masing-masing la yea.. (*oven saya brand Soner set 160 C dan bakar selama 16 minit).

Wednesday, July 9, 2014

Wordless Wednesday Ramadhan! Pavlova


Tuesday, July 8, 2014

Sejuk Manis Ramadhan! Agar-agar Ros

Nyaman ditekak.. mudah pula membuatnya...

.
Saya suka masukkan dalam acuan comel. Dapat banyak pula. Sekali buat boleh simpan sampai akhir puasa. Boleh bagi jiran atau kawan. Paling tidak, simpan sejuk saja dan boleh dikeluarkan waktu orang bertandang tak bagi green light ataupun waktu lewat sediakan iftar dan tak sempat beli makanan...

1 cawan agar-agar tali ( cuci, rendam, tapis dan sukat dlm cawan)
2 cawan gula pasir
3 cawan air
1 kotak kecil santan segera
Pewarna/perasa ros

Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga cair.
Masukkan gula dan masak lagi hingga larut semuanya
Masukkan santan, Kacau selalu. Masak hingga mendidih sedikit.

Tapis and tuang dalam acuan sesuka hati..
Sejukkan.
Sedia utk dihindangkan




Tuesday, July 1, 2014

Sahur tadi...Roti Benggali Keema Daging

Sebelum puasa hari tu pergi King Street dan Penang Street beli stok rempah, bawang dan kentang. Suka beli di sana sebab murah dan segar. Bawang tahan sebulan tak berkulat. Kentang pun tak kecut. Sempat juga singgah di Ismailia beli roti. Lebihan roti tu masih segar buat sahur hari ni. Roti benggali bakar dengan keema daging dan telur separuh masak.
Roti Benggali terbaik dari Ismailia atau Pitchey Bakery . Memang terkenal sangat terutama kat Penang ni. Saya pernah masuk ke dalam tempat proses roti bakeri ini waktu kelas membuat roti. Ada mesin pengadun besar, jadi tak da lah cerita hal menguli tepung dengan kaki dari bakery terkenal ni, setakat yang saya tahu.

Sekitar jalan di situ ada beberapa arca jalanan yang di lekat ke dinding. Menarik, fakta sejarah dan lelucun setempat. Kawasan ini penuh dengan binaan bangunan pra-penjajah dan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya suka keunikannya. Sentiasa sesak dengan manusia pelbagai warna dari pelusuk dunia. Pejalan kaki paling ramai bersimpang siur di jalan sempit. Parkir kereta memang masalah di sini, tapi bagi kami inilah kehidupan di kawasan yang terkenal sebagai "the Little India of Penang" ini. Tiap lorong penuh dengan kedai kain, kedai emas, kedai remah, minyak wangi, malah kedai daging segar berselang mesjid, restoren dan rumah kongsi.
Menarik kan, arca seni jalanan ini terletak di King's Street.

Habis cerita roti dan "pekan tanjung", jom kita tengok resepi keema daging.
Resepinya saya dapat dari myresepi.

Keema Daging

  • 200g daging kisar
  • 1 biji bwg besar (di dadu)
  • 1 biji kentang (dadu)
  • 1 tbsp cili boh
  • *1 tsp campuran ketumbar dan jintan (kisar)
  • *1 tsp garam masala ( kalau tak ada ganti dengan "mixed herbs"
  • *1 tsp serbuk kunyit
  • *1" halia dan 2 ulas bwg putih(tumbuk)
  • *2 tsp serbuk kari daging
  • 1 biji tomato (dadu)
  • stgh cwn air
  • 1 tbsp serbuk badam
  • 2 pokok daun ketumbar (hiris)
  • 1 cwn kacang peas
  • garam dan bahan perisa secukup rasa

Cara-cara

  1. tumiskan bawang besar sampai kekuningan
  2. masukkan cili boh..tumis sampai agak garing
  3. masukkan daging hancur..masak sampai warna daging bertukar 
  4. masukkan bahan bertanda *, tomato dan air. didih selama 5-10minit
  5. kemudian, masukkan serbuk badam,daun ketumbar dan kacang peas. tambahkan garam dan bahan perisa secukup rasa...
  6. masak dgn api kecil lebih kurang 5 minit.masakan ni mmg tak berkuah.tapi kalau suka berkuah boleh jer tambah air. 

Menghidang

Potong roti setebal satu inci. Sapu mentega dan bakar. Saya guna magic pan atas api besar sebab nak jadikan ia ranggup dan kesan "hangus"..hehe
Rebus telur separuh masak
Susun roti dan sendukkan keema kemudia pecahkan telur ke atasnya.


Selamat mencuba!!