Gulai Lemak Jantung Pisang

Sesekali balik kampung saya suka merayap keliling rumah mencari apa-apa yang boleh dimasak. Kebiasaannya begitulah. Dulu waktu kecik saya membesar dengan tugas yang yang tak perlu disuruh untuk siapkan makan tengahari dan malan jika cuti sekolah. Mak dan pak disawah dan dikebun. Hidup di kampung mengajar kita untuk berupaya menghidangkan makanan walau peti sejuk kosong tak ada sayur. Telur memang tak pernah putus bekalan dari sekawan itik direban dan ayam disanggar. Ikan kering pun sentiasa ada. Kadang-kadang ada ikan darat dari sawah atau sungai dalam kurungan. Kiranya tak ada masalah kalau pakcik penjual ikan sayur tak singgah. Kebiasaannya begitulah, dan ia terbawa-bawa hinga sekarang.
Kerapkali anak dan suami mengekor saya mencari apa-apa untuk di masak. Tanpa menu, apa yang kami jumpa itulah yang kami masak. Kali ini kami jumpa buah janggus, jantung pisang dan ulam-ulam. Wah, cukup seronok, sebab dah lama tak makan masak lemak jantung pisang.

Jomm... masak!
 

Bahan-bahan
1 tangkai jantung pisang
5 ulas bawang merah  (*ditumbuk)
2 tangkai cili merah (*ditumbuk)
3-5 tangkai cili padi jika mahu pedas (*ditumbuk)
se inci kunyit hidup (*ditumbuk) boleh juga gunakan 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan santan
1 cawan ikan bilis
1 btg serai (* diketuk)
1 helai Daun kunyit di hiris
1 keping Asam Keping
Garam
Cara-caranya:
Kupas jantung pisang hingga dapat bahagian lembutnya. Belah dua memanjang dan masukkan dalam bekas yang cukup besar.
Didihkan air kemudian curahkan pada jantung pisang, biarkan terendam dalam 10 minit.
Angkat dan hiris melintang jantung.
Bersihkan ikan bilis dan rendam dalam air sejuk, cuci bersih  kemudian disejat.
Campurkan bahan-bahna yang sudah ditumbuk dalam periuk, masukkan serai dan asam keping.
Masukkan juga ikan bilis.
Masukkan satu cawan santan bersama satu cawan air dan didihkan perlahan-lahan.
Bila mendidih, masukkan jantung pisang yang telah di hiris tadi, kacau sedikit dan biarkan mendidih lagi. Masak hingga jantung pisang menjadi lembut.
 
Kemudian masuukan lebihan santan yang satu cawan tadi, kacau. biarkan kuah nya mendidih sambil dikacau selaluu supaya tidak pecah minyak. 
 
Akhir sekali masukan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan
 



Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah